Berita UtamaPendapatUtama

Kadir Jasin usah jadi Melayu jumud, bodoh sombong

Abu mayat Chin Peng kembalikan naratif kuasa komunis

APABILA saya membaca artikel saudara Datuk A Kadir Jasin yang mengatakan orang Melayu rasis, marah membuta tuli dan tidak membaca dalam isu abu mayat Chin Peng, saya merasa beliaulah yang sepatutnya jangan jadi ‘lurus bendul’.

Kadir Jasin kena banyak lagi membaca dan menaakul peristiwa yang berlaku di sekeliling. Pemulangan abu mayat Chin Peng adalah simbolik kepada kebangkitan perjuangan kelompok kiri. Siapakah kelompok kiri yang dimaksudkan? Sudah tentulah komunis.

Tun Dr Mahathir Mohamed tidak dapat berkata banyak dalam isu ini, kerana kuasanya dalam Pakatan Harapan (PH) semakin berkurang akibat kekalahan di Tanjung Piai. Kini DAP kembali menunjukkan taring dalam naratif kawalan kuasa dalam kabinet kerajaan.

Jika kita melihat DAP secara simboliknya banyak menyokong naratif mengangkat kumpulan pejuang bangsa Cina melawan penjajahan Jepun, walaupun tidak dinyatakan secara terbuka, tetapi kita tahu pejuang-pejuang yang dimaksudkan adalah komunis.

Kenapa naratif ini seolah-olah ditekankan? Kadir Jasin harus mengetahui, jika sebelum ini kelompok kanan “anglophile” yang memerintah negara, kini kelompok kiri mula melebarkan dominasi dan pengaruh dalam pemerintahan negara.

Malangnya, pemerintahan kelompok kiri ini lebih radikal, ekstremis dan rasis. Ditakuti akan membawa ketidakstabilan dalam konteks sosiopolitik di Malaysia.

Kadir Jasin harus telus, dan banyak membaca. Ini adalah refleks yang telus dari bangsa Melayu yang tidak mahukan naratif perjuangan kelompok kiri ini diangkat.

Mereka bukan anti membabi buta, mereka sedar dan faham bawa kembalinya abu mayat Chin Peng bukan sekadar membawa balik abu mayat. Tetapi, langkah ini adalah simbolik kepada mengembalikan semula naratif kuasa kelompok kiri menguasai negara.

Membacalah Kadir Jasin. Jangan jadi Melayu jumud yang bodoh sombong!

Dr Razali Ramli
Pemerhati Politik Bebas

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close