Berita UtamaDuniaUtama

Israel lulus rancangan bina penempatan di Hebron

Tindakan jahat itu dikritik Palestin, tekad mahu lindungi hak mereka

BAITULMAQDIS, 5 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Menteri Pertahanan Israel semalam meluluskan rancangan untuk membina penempatan baru tidak sah di tengah-tengah bandar Hebron dekat selatan Tebing Barat.

Menurut laporan, rancangan jahat itu bagaimanapun dikritik hebat oleh pegawai-pegawai kerajaan Palestin.

Selain itu, Menteri Pertahanan Israel, Naftali Bennet turut mengarahkan, jabatan yang bertanggungjawab di Tebing Barat untuk memberitahu pemimpin di Hebron bahawa mereka akan membina penempatan Yahudi di kompleks pasar borong.

Difahamkan, kawasan pasar itu terletak di Shuhada Street yang dahulunya merupakan lokasi paling sibuk di bandar Hebron.

Tetapi kawasan itu kemudiannya terpaksa ditutup disebabkan oleh kemasukan tentera rejim Zionis pada tahun 1994.

Datuk Bandar Hebron, Taysir Abu Sneineh memberi amaran, keputusan Bennet bagi rancangan pembinaan itu akan membawa kepada peningkatan ancaman.

“Bandar Hebron di bawah kepimpinan Palestin. Pihaknya akan berusaha untuk melidungi tanah Palestin dan memelihara harta benda serta rakyat mereka,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close