Berita UtamaIstimewaUtama

Adakah PH mahu tukar ‘kiblat’ kepada blok komunis?

Tidak mustahil demokrasi negara menuju ke jalan mati: Amir Isma

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 5 Rabiulakhir 1441H, Isnin – Amir gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendesak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad serta Kabinet mengeluarkan pendirian rasmi terhadap fahaman komunisme di negara ini.

Perkara itu dibangkitkan susulan laporan perjumpaan serta perhimpunan dipercayai membabitkan bekas ahli Parti Komunis Malaya (PKM) yang diadakan di Kajang, pagi semalam.

Terdahulu, sebuah portal berita melaporkan, kira-kira 300 orang telah menghadiri perjumpaan dan perhimpunan difahamkan sebagai memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai yang ditandatangani antara Kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989.

Antara yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Hussin Syed Ali.

Difahamkan, perjumpaan itu bukan sahaja untuk mengingati sejarah komunis tetapi juga untuk membetulkan salah faham terhadap perjuangan mereka.

Mengulas perkara itu, Ustaz Abdullah berkata, Kerajaan Pusat dilihat telah membiarkan negara ini menjadi tempat yang subur untuk kegiatan prokeganasan dan bercanggah dengan Perlembagaan.

“Kita ingin tahu adakah kerajaan hari ini secara langsung atau tidak langsung akan menukar ‘kiblat’ kepada blok komunis? Jika kerajaan berhaluan kiri ini terus berdiam diri terhadap kegiatan puak-puak prokomunis tidak mustahil demokrasi di negara ini akan menuju jalan mati,” katanya kepada Ismaweb, hari ini.

Pada masa sama, Ustaz Abdullah yakin, akan berlaku banyak lagi kegiatan yang menyalahi undang-undang dan Perlembagaan seperti ektremis Zionis; kristian; syiah dan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) sekiranya tiada pendirian tegas dari pihak berkuasa.

“(Kerajaan) Pusat perlu faham bahawa rakyat sudah cukup tertekan bukan sahaja kerana kos sara hidup tetapi bimbang dengan terdedahnya pelbagai aktiviti-aktiviti yang menyalahi undang-undang secara tidak langsung ada kaitan dengan individu dalam kerajaan sendiri,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close