Berita UtamaIstimewaPendapatUtama

Segera tangani agenda komunis sebelum terlambat

Fahaman serta pemikirannya amat bahaya kepada negara

SETIAP hari, pasti ada berita dan isu mengejutkan yang dibangkit ultra kiasu berfahaman komunis tanpa mengambil kira sensitif orang Melayu. Minggu ini sahaja, lima isu besar yang tidak sepatutnya dibangkitkan, terus tular seolah-olah kita tidak boleh berbuat apa-apa.

Pertama, Dong Zong (DZ) dan Jiao Zong (JZ) mencabar semula teks yang mengandungi jawi enam muka, begitu juga dengan MCA.

Kedua, isu bendera atau jalur gemilang berbintang lima bukan empat belas.

Ketiga, kembalinya abu Chin Peng ke tanah air setelah sekian lama tertangguh. Hairannya, abu Chin Peng telah lama dibawa balik dan ditaburkan pada hari Malaysia 16 September 2019, dan hanya pada minggu lalu diberitahu kepada khalayak. Apa muslihat di sebalik?

Keempat, ucapan sulung ahli parlimen Tanjung Piai di Parlimen yang mahukan kerajaan mengiktiraf UEC.

Kelima, perhimpunan kira-kira 300 orang melibatkan bekas kumpulan pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) di Kajang semalam. Perhimpunan itu dianggap bersejarah sehari sebelum ulangtahun ke-30 Perjanjian Damai Hat Yai ditandatangani antara kerajaan Malaysia dan PKM pada 2 Disember 1989. Antara yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Hussin Syed Ali.

Apa semua ini? Apa sudah nak jadi dengan negara ini? Saya mahu sangat mendengar pandangan MCA mengenai perkara ini, kerana pimpinan DZ, JZ dan Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) adalah dalam kalangan ahli mereka.

Sekian lama saya katakan, ultra kiasu ini hanya satu, apa jua namanya, MCA, Gerakan, DAP atau apa lagi?

Minggu lalu, semua Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) telah menerima buku teks Bahasa Melayu Tahun 4 yang akan digunakan untuk tahun depan, kekal dengan enam muka surat jawi.

DJ dan JZ menyuarakan ketidakpuasan hati apabila lembaga sekolah itu masih tidak disenaraikan sebagai pembuat keputusan (dalam pembelajaran Jawi). Kenyataan ini membenarkan dan membuktikan bahawa pendidikan Cina di negara ini ditentukan oleh NGO rasis ini, bukan oleh kerajaan.

Sebelum ini DZ dan JZ telah bertemu Kementerian Pendidikan sebanyak lebih lima kali, antara Julai hingga November, untuk membincangkan perkara itu. Hebat dan berkuasa sungguh NGO rasis ini bukan? Siapa di belakang mereka ini?

Jika masih ingat pada Ogos lalu, kerajaan mengumumkan untuk memasukkan pengenalan tulisan jawi untuk murid darjah 4 sekolah vernakular tahun depan, mengundang bantahan secara agresif dari NGO rasis ini.

Kerajaan akhirnya terpaksa mengalah, bersetuju mengikut kata NGO rasis ultra ini dengan berkata pembelajaran itu hanya akan dibuat dengan persetujuan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa murid. Itulah DZ dan JZ

Bagaimanapun Dong Jiao Zong meminta Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina (DZ) negeri untuk mendesak sekolah mengadakan mesyuarat untuk menolak pembelajaran itu, yang merangkumi empat halaman dalam buku teks Bahasa Melayu. Jelas bukan, siapa yang menentukan pendidikan Cina di negara ini. NGO rasis ultra kiasu ini komunis bukan?

Berani sungguh kamu mengugut kerajaan. Biadab betul. Kamu ini patut diajar tentang asal-usul negara ini yang berakar umbikan sistem kenegaraan Melayu. Kenapa kamu tidak bersyukur setelah sekian lama tinggal di negara bertuah ini.

Jika pegawai British selaku penjajah seperti Sir Frank Swettenham, Sir R.O Winstedt, Sir Frederick Weld dan Sir Cecil Clementi, Sir George Maxwell, Sir Ronald Bradel pun boleh memahami hati budi Melayu, kenapa kamu begitu kurang ajar. Pegawai-pegawai British di atas ini juga yang turut menentang Malayan Union yang diperkenalkan British pada tahun 1946. Sedangkan ultra kiasu komunis ketika itu langsung tidak menentang.

Berbalik kepada isu jawi, saranan saya, jika tidak suka sangat jawi, cari sahaja buku teks yang mengandungi enam muka surat jawi tersebut. Tidak perlu dijadikan isu besar sehingga buku teks yang telah tercetak sebegitu banyak terpaksa dicetak semula hanya kerana enam muka surat jawi. Bodoh betul pemimpin DZ dan JZ ini.

Mereka mahukan kerajaan berjimat, pada masa sama hanya kerana enam muka jawi, mereka sanggup rugi berjuta-juta. Tidak nampak lagi betapa jahatnya pemimpin mereka ini. Muka pun sudah rupa komunis. Saya mahu dengar apa kata MCA selepas ini.

Pasal perasmian Kejohanan Bola Keranjang kali ke-28 semalam dicemari dengan paparan bendera Malaysia dengan lima bintang, bukannya 14 sebagai melambang 14 buah negeri bernaung di bawah Malaysia. Tidak perlu saya ulas lagi sebab saya telah ulas sebelum ini. Komunis yang sama.

Sudah bergenerasi tinggal di Malaysia, lebih 62 tahun merdeka masih tidak dapat mengenal pasti jalur gemilang atau bendera Malaysia. Kalau bukan komunis, mereka ini siapa? Nazi?

Saya merayu kepada kerajaan, bertindaklah sebelum terlambat. Fahaman komunis ini amat bahaya. Abu Chin Peng sudah tidak penting lagi. Lebih penting adalah pemikiran dan fahaman Chin Peng.

Lihat nasib seorang anak Melayu Profesor Lily Zubaidah, kini menetap di Australia. Seorang pengkritik tegar Lee Kuan Yew, suatu ketika dahulu dihalau keluar Singapura. Lily tidak boleh kembali ke tanah tumpah airnya, walaupun beliau seorang Melayu yang lahir di Tanah Melayu.

Lily mendedahkan bagaimana Melayu didiskriminasikan dan dipinggirkan di Singapura. Bagaimana penduduk Cina ditambah dengan memasukkan seramai mungkin Cina daripada tanah besar China di Singapura. Apabila Cina sudah mendapat majoriti besar di Singapura, sedikit demi sedikit hak Melayu semakin hilang dan hilang. Apa ada pada Melayu hari ini di Singapura?

Syarikat-syarikat berkaitan kerajaan, badan berkanun dan angkatan tentera kebanyakannya pegawai kanannya adalah Cina. Daripada 70 pegawai-pegawai yang paling kanan (kolonel dan lebih tinggi) pada tahun 1999, hanya satu adalah bukan Cina. Cuba kaji, berapa ramai orang Melayu berpangkat tinggi dalam polis, tentera, imigresen di Singapura.

Dalam kerajaan PAP, orang Melayu paling kurang dalam Kabinet. Hanya diberi portfolio yang tidak penting seperti Hal Ehwal Sosial, Pembangunan Masyarakat, Sukan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Islam. Terlalu mustahil untuk orang Melayu akan dilantik untuk portfolio penting dalam Pertahanan, Kewangan, Perdagangan, Industri, Kementerian Luar atau Pendidikan. Berbanding kita, jawatan apa atau kementerian apa yang kerajaan tidak beri kepada ultra kiasu.

Inilah bahaya apabila ultra kiasu diberikan kuasa.

Terbaharu lagi, ucapan sulung ahli Parlimen Tanjung Piai, mahukan kerajaan mengiktiraf UEC. Komunis lagi. Baru sahaja menang, angkat sumpah menjadi wakil rakyat, perkataan mula yang keluar daripada mulutnya ialah UEC. Cina, Cina, Cina. Melayu menangkan kamu, kamu terus bela Cina. Mana boleh macam ini?

Saya setuju, orang Islam Melayu tidak boleh bersendirian untuk menang pilihan raya dan seterusnya menjadi pemerintah. Saya tidak menafikan akan perlunya kerjasama dengan bukan Islam. Tetapi bukan yang ultra kiasu. Ramai Cina yang baik-baik lagi, tetapi bukan yang sebegini.

Seperti yang saya kata, MCA lebih Cina daripada DAP. Percayalah, MCA inilah yang akan memecahkan Muafakat Nasional nanti. Saya mohon UMNO, PAS, tolong didik MCA ini. Turunkan sifat ultra kiasunya. Jika tidak, pasti Muafakat Nasional akan rosak. Menangguk di air yang keruh.

Komunis tetap komunis. Sampai bila-bila pun mereka ini komunis, kecuali mereka yang sedar diri. Perhimpunan komunis yang berlangsung semalam tidak sepatutnya berlaku. Siapa kata komunis pejuang. Komunis menentang Jepun kerana dendam. Bukan kerana mahu memerdekakan negara ini daripada Jepun.

Ingat, Perang China-Jepun tidak pernah pudar daripada ingatan dua negara kuasa besar ini. Sebab itu, apabila Jepun menduduki Tanah Melayu, sasaran dendamnya adalah orang Cina di Tanah Melayu.

Orang Cina tidak ada pilihan lain, melain terpaksa menjadi dan menyertai Parti Komunis Malaya (PKM). Tidak timbul langsung, PKM menentang Jepun kerana mahu memerdekakan negara ini.

Dua bangsa ini dendam kesumat tidak berkesudahan hingga ke hari ini. Komunis ini mahu memerdekakan negara ini, kenapa selepas Jepun menyerahkan kalah, dalam Perang Dunia Kedua, komunis bertindak ganas, keluar daripada hutan untuk menakluki Tanah Melayu.

Nasib baik British masuk semula selepas 14 hari Jepun keluar daripada Tanah Melayu. Jika tidak Tanah Melayu sudah menjadi milik komunis.

Justeru, di manakah letaknya nama komunis ini pejuang? Komunis adalah pengganas. Komunis dan pemikiran komunis tidak seharusnya dibiarkan merebak hari ini. Perhimpunan melibatkan 300 orang bekas ahli komunis ini tidak sepatutnya dibenarkan. Tindakan mesti diambil.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close