Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Zionis serang 39 penempatan Palestin di Kawasan C

Alasan konon warga Palestin tiada permit bina penempatan di Tebing Barat

TEBING BARAT, 4 Rabiulkhir 1441H, Ahad – Sejak dua minggu lalu kerajaan negara tidak diiktiraf Israel dilaporkan telah memusnahkan 39 buah bangunan perumahan milik rakyat Palestin di Tebing Barat.

Perkara berkenaan disahkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dalam laporan yang dikeluarkan, semalam.

Rejim Zionis memberi alasan pemusnahan bangunan itu dibuat kononnya kerana warga Palestin tiada permit untuk membina penempatan.

PBB melaporkan, 63 rakyat Palestin dipaksa berpindah selain menjejaskan 380 penduduk lain sejak berlakunya tindakan tidak berperikemanusiaan itu antara 12 dan 25 November lalu.

Kawasan C menjadi tumpuan serangan rejim Zionis dengan sebanyak 35 buah bangunan dilaporkan telah dibedil.

Kawasan C berada dalam kawalan penuh Israel, yang membentuk lebih 60 peratus pendudukan haram di Tebing Barat, manakala 80 peratus kawasan itu terletak di Lembah Jordan.

Pihak berkuasa Israel sebelum ini sering memusnahkan bangunan dan tempat tinggal rakyat Palestin di Kawasan C.

Laporan PBB juga memaklumkan kawasan berhampiran bandar Za’tarah, terletak 11 kilometer dari tenggara Bethlehem di Tebing Barat mencatatkan jumlah pemusnahan bangunan tertinggi.

Dilaporkan kawasan berkenaan merupakan pusat latihan ketenteraan Israel.

Pada 23 November lalu, rejim Zionis merampas peralatan yang digunakan untuk mengubah suai jalan yang menghubungkan Badui Jabal al-Baba ke bandar al-Eizariya di Kawasan C.

PBB juga melaporkan seramai 800 penduduk Palestin di Tebing Barat telah diusir, susulan pemusnahan tempat tinggal mereka dan angka itu hampir dua kali ganda meningkat dalam tempoh sama tahun lalu.

Sementara itu, kumpulan hak asasi manusia Israel, B’Tselem melaporkan, bahawa kira-kira 140 unit rumah penduduk Palestin di Baitulmaqdis telah dimusnahkan oleh rejim pengganas Zionis, tahun ini.

Akibat daripada pemusnahan itu, seramai 238 warga Palestin termasuk 127 kanak-kanak telah kehilangan tempat berteduh pada 24 Oktober lalu. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close