Berita UtamaPendapatUtama

Bukan abu mayat perlu ditakuti, tapi ideologi masih subur

Julang komunis pejuang merdeka hingga tentang tulisan jawi

YA benar abu mayat seseorang tidak mampu berbuat apa sebagaimana mayat ketua pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), V. Prabhakaran juga tidak mampu berbuat apa-apa. Yang sudah tu sudah lah.

Tetapi, bukan abu dan mayat seseorang yang ditakutkan tetapi ideologi mereka yang masih subur itu yang menjadi duri dalam daging.

Andai mereka bawa masuk senyap-senyap dan tabur di lautan bagi memenuhi permintaan terakhir si komunis itu mungkin kita boleh fahami, tetapi apakah tujuan dibuat kain rentang dan sidang akhbar dilakukan jikalau bukannya ‘test water’ dan provokasi?

Abu mayat komunis yang membunuh polis dan tentera kita, mereka minta kita jangan sensitif sangat, malahan sehingga ke tahap menjulang si komunis sebagai pejuang kemerdekaan, namun tulisan jawi yang juga sebahagian dari khazanah bahasa kebangsaan ditentang dan ditolak dengan keras dan tegas?

Kita semua mahukan negara yang aman dan harmoni tetapi apakah kita mahu berdiam diri melihat ada pihak yang cuba merosakkan semua ini dengan provokasi demi provokasi menormalisasikan isu yang sensitif sehingga kita lupa akan kekejaman mereka?

Dari Abu Hurairah R.A, Nabi Muhammad ﷺ bersabda,

لاَ يُلْدَغُ الْمُؤْمِنُ مِنْ جُحْرٍ وَاحِدٍ مَرَّتَيْنِ

“Tidak selayaknya seorang mukmin dipatuk ular dari lubang yang sama sebanyak dua kali.” (HR. Bukhari no. 6133 dan Muslim no. 2998)

Firdaus Wong Wai Hung
Pendakwah bebas
Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close