Berita UtamaIstimewaUtama

Apa motif rai bekas anggota PKM di Malaysia?

Bimbang fahaman komunis makin subur jika kerajaan berlembut

Oleh Athirah Huda Zalhe

BANGI, 4 Rabiulakhir 1441H, Ahad – Belum reda isu abu mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia, satu majlis besar-besaran pula diadakan di negara ini, bagi mengumpulkan bekas anggota komunis Parti Komunis Malaya (PKM).

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mendakwa, majlis berkaitan dengan agenda komunis bukanlah kali pertama diadakan di negara ini.

Beliau bagaimanapun mempersoalkan adakah insiden yang berlaku kebelakangan ini adalah kebetulan atau sememangnya telah dirancang teliti oleh pihak tertentu.

“Apakah motif mereka? Saya yakin jika kerajaan biarkan dan berlembut sahaja, maka fahaman ini akan semakin subur semula dalam kalangan masyarakat.

“Kini para simpatisan mereka sudah menguasai kerajaan berbanding dahulu, mereka tiada kuasa. Jadi mereka inilah yang ada kuasa dalam menentukan segala polisi dan tindakan kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, sebuah portal berita tempatan melaporkan mengenai satu majlis yang diadakan bagi memperingati Perjanjian Damai Hat Yai di Kajang, hari ini.

Perhimpunan yang menghimpunkan kira-kira 300 orang – termasuk bekas anggota PKM – itu diadakan sehari sebelum ulang tahun ke-30 perjanjian yang ditandatangani antara kerajaan Malaysia dengan PKM pada 2 Disember 1989.

Portal berkenaan melaporkan antara yang turut hadir adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu dan veteran PKR, Syed Hussin Syed Ali.

Mengulas lanjut, Haji Aminuddin berkata, kehadiran dua individu, termasuk wakil rakyat DAP menimbulkan tanda tanya apakah parti paling dominan dalam kerajaan Malaysia itu menyokong gerakan komunis.

“Siapa sebenarnya di belakang mereka ini? Ke mana arah tuju mereka? Mustahil mereka sekadar berjumpa tanpa mempunyai niat dan objektif tertentu.

“Dengan keadaan negara sekarang yang banyak bergantung pada pelaburan dari China, adakah negara China terlibat di belakang tabir dalam menghidupkan kembali fahaman ini di negara kita?

“Kalau benar, ini adalah satu isu yang serius dan Kementerian Dalam Negeri perlu halang mana-mana majlis yang berunsurkan fahaman ganas yang nak menghancurkan negara, antaranya gerakan komunis ini,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close