Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Zionis lancar serangan udara sasar pejuang Hamas

Berpuluh rakyat Palestin cedera termasuk infrastruktur musnah

GAZA, 3 Rabiulakhir 1441H, Sabtu – Rejim pengganas Israel melancarkan serangan udara menyasarkan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), sejam selepas menembak mati seorang remaja Palestin di Semenanjung Gaza.

Rejim Zionis dalam satu kenyataan mendakwa, serangan itu kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan roket oleh pejuang Hamas beberapa jam lebih awal.

Katanya lagi, tiada sebarang kecederaan atau kerosakan infrastruktur akibat serangan Hamas.

Namun, media antarabangsa melaporkan, serangan udara yang dilancarkan oleh rejim Zionis mencederakan berpuluh rakyat Palestin.

12 November lalu, serangan udara Israel telah mengorbankan seorang pemimpin Hamas dan 36 rakyat Palestin.

Susulan perbuatan biadab itu, lebih 400 roket dilancarkan ke Israel dan mengakibatkan kerosakan infrastruktur.

Semalam, rejim Zionis menembak mati Fahd Mohammed Walid al-Astal, 16, dan mencederakan sekurang-kurangnya lima rakyat Palestin ketika protes anti-pendudukan.

Protes berkenaan diadakan setiap minggu berhampiran pagar pemisah antara Gaza dengan wilayah yang diduduki.

Protes mingguan – ‘The Great March of Return’ – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Sejak bermulanya protes itu, sekurang-kurangnya 307 rakyat Palestin terbunuh, manakala 18,000 yang lain cedera, kata kementerian berkenaan.

Israel juga telah melancarkan tiga serangan besar ke atas wilayah dikepung itu sejak 2008, yang membunuh ribuan rakyat dan menghancurkan banyak infrastrukturnya.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close