Berita UtamaPendapatUtama

UEC dan politik licik orang Cina

Politik Melayu gagal melihat neraca pertimbangan lebih besar

BIJAK politik orang Cina, mereka memangkah dengan strategi

Walau sesiapa pun yang bertanding, mesti ‘ikut’ cakap mereka.

Ketika mereka memangkah BN di Tanjung Piai, mereka tahu yang mereka perlu menghantar wakil mereka yang paling berani untuk perjuangkan agenda mereka.

Ketika mereka menghumban BN di PRU14 dengan memangkah DAP, mereka tahu bahawa keberanian abadi untuk memperjuangkan agenda mereka ada bersama wakil DAP.

Sedang kita, masih lagi malu alah untuk menyeru orang Melayu Islam memangkah dan menghantar wakil orang kita sendiri hatta di kawasan majoriti pengundi orang Melayu sendiri.

Malah masih ada yang mendabik dada, katanya apalah sangat dengan dua kerusi mereka dalam Parlimen. Bukan boleh buat apa pun kata mereka.

Begitu naifnya politik orang kita. Gagal melihat neraca pertimbangan yang lebih besar.

Sehingga sering kali bukan orang lain yang melabel kita rasis, tetapi orang kita sendiri. Hanya kerana kita menyeru untuk dihantar orang kita ke Parlimen agar dapat membawa kestabilan politik orang Melayu Islam yang akhirnya akan membawa kesejahteraan kepada semua kaum di Malaysia.

Perjuangan UEC ini dahulu ketika MCA menjadi kerajaan sedikit demi sedikit diiktiraf, DAP tidak puas hati kerana tamak mahukan lebih lagi untuk kaum Cina. Dari blok pembangkang DAP henyak MCA agar lebih berani. Kini, bila DAP dalam kerajaan, MCA pula berlawan siapa lagi berani. Alang-alang menyeluk pekasam katanya biar UEC menongkat tinggi di tanah Malaysia.

Sedangkan UEC adalah musuh kepada sistem pendidikan negara. UEC adalah double standard kepada bangsa Melayu dan kaum selain Cina juga.

Berdukacitalah duhai pejuang permuafakatan, kini satu persatu, akan terbukti.

Ketika kita mengharap mereka membalun tindakan keji dalang yang membawa abu petualang Chin Peng masuk ke Malaysia, ketika kita mengharap mereka mengeji perbuatan biadab menghina jalur gemilang, semuanya tinggal harapan sahaja.

Kerana mereka punya agenda yang lebih besar. Mereka bersatu walaupun agenda yang jelas mengetepikan kepentingan nasional.

Berdukacitalah wahai perjuang permuafakatan. Semoga kita belajar, belajar dan belajar dari kesilapan.

Hazwan Mohamad
Ketua Penerangan Berjasa Pusat

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close