Berita UtamaPendapatUtama

Siapa rasis, siapa pula politik matang?

DI kawasan Melayu majoriti, MCA menang. Di kawasan Cina majoriti, DAP menang.

PRK 2014 Teluk Intan, Datuk Mah (Gerakan) kalahkan calon parti penyandang DAP yang diwakili Dyana Sofia (DAP). Sebelum itu DAP menang dengan majoriti lebih 7,000 undi.

PRK 2019 Tanjung Piai, Dato Wee Jeck Seng (MCA) kalahkan calon parti penyandang Haji Karmaine dari Bersatu (PH) dengan majoriti lebih 15,000.

Sampai di Parlimen, MP Cina sama ada MCA, DAP dan Gerakan akan perjuangkan pendidikan vernakular seperti Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC). Mereka akan perjuangkan hak tanah kampung baru, hak posisi strategik kerajaan, hak pemilikan itu dan ini.

Apa yang telah terjadi kepada Singapura dan Pulau Pinang? Apa yang telah terjadi dengan Tanah Rizab Melayu? Apa yang telah terjadi terhadap hak istimewa Melayu dan Bumiputera?

Bagaimana dengan insiden kebiadaban seumpama bendera terbalik? Bendera Jalur Hitam? Bendera bintang lima? Insiden hina Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)? Insiden hina Angkatan Tentera Malaysia (ATM)?

Sampai bila mahu mengalah dan terus ditipu?

Hujah sejarah yang mana? Hujah al-Quran yang mana?

“Tidaklah layak seorang mukmin dipatuk ular di lubang yang sama sebanyak dua kali” – Maksud hadith riwayat Muslim.

Naib Presiden Ikatan Muslim Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close