Berita UtamaDr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Penchinaan Malaysia boleh berlaku?

Jangan gilakan kekuasaan politik, tanah di laman sendiri tergadai

1.BELUM pun reda isu tangkapan hampir 1000 warga China di Cyberjaya yang menjalankan sindiket penipuan online, terkini timbul pula isu DAP menuntut tanah hak milik kekal buat Kampung Baru Cina di Perak.

Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/58863/EDISI/Perak/DAP-Perak-tuntut-janji-hak-milik-kekal-kampung-baru

2. Beberapa hari yang lalu, Jabatan Imegresen berjaya menumpaskan sindiket penipuan online yang melibatkan sejumlah hampir 1000 warga China yang “berkerja” di Cyberjaya.

Menurut makluman dari orang awam, Tower kediaman yang diserbu oleh Jabatan Imigresen ini, mempunyai enam tingkat dan setiap tingkat mempunyai hampir 3 ke 4 bilik yang digunakan sebagai bilik operasi oleh warga China ini.

Bayangkan bagaimana sebahagian besar bangunan ini dijadikan pusat operasi oleh warga China.

Lihat: https://www.thevocket.com/lelaki-ini-dedah-keadaan-markas-scammer-di-cyberjaya-yang-busuk-dan-tidak-selesa/

3. Kebanjiran warga China di negara ini semakin membimbangkan apabila Mykad juga boleh turut dimiliki oleh mereka melalui bayaran tertentu. September lalu, pihak polis berjaya membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China di Pulau Pinang yang didalangi pegawai JPN negeri.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad yang sah, namun dia didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Malaysia.

Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/47571/BERITA/Mahkamah/6-termasuk-pegawai-JPN-Pulau-Pinang-didakwa-jual-MyKad

4. Bukan sahaja Mykad boleh dibeli, September lalu, kerajaan PH turut bercadang menurunkan harga rumah buat warga asing dari China dan Hong Kong yang berhasrat menjadikan Malaysia sebagai rumah kedua mereka.

Apa yang membimbangkan adalah, rakyat tempatan sendiri menghadapi kesukaran membeli rumah di kawasan bandar.

Tawaran harga rendah buat warga asing China ini dibimbangi hanya akan menjadikan penduduk tempatan tidak memiliki rumah ditanah air mereka sendiri.

Kebimbangan ini turut disuarakan oleh Pertubuhan Arkitek Malaysia.

Lihat: https://www.bharian.com.my/bisnes/lain-lain/2019/10/616917/turun-had-harga-pembeli-asing-jejas-tumpuan-rumah-mampu-milik

5. Bukan sahaja warga China boleh datang bekerja di Malaysia dengan mudah, mereka boleh memiliki Mykad, membeli rumah bahkan usaha DAP mendapatkan tanah hak milik kekal juga dibimbangi akan mengubah lanskap Malaysia kepada corak demografi yang baharu, menjadikan Malaysia seakan salah satu Wilayah China di rantau ini.

Lihat: https://www.sinarharian.com.my/article/58863/EDISI/Perak/DAP-Perak-tuntut-janji-hak-milik-kekal-kampung-baru

6. Jangan sampai terlalu mengikutkan nafsu pemaju yang tamak dengan keuntungan, warga sendiri tidak dapat membeli rumah.

Jangan sampai kemaruk dengan kemewahan, ada di antara kita yang khianat menjual Mykad dan warganegara.

Jangan sampai gilakan kekuasaan politik, tanah di laman sendiri tergadai.

Semoga Allah membimbing kita.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close