Berita PilihanBerita UtamaUncategorizedUtama

Maqis tahan induk udang putih dari negara Panama

Anggaran nilai rampasan cecah RM25,731.60

PUTRAJAYA, 27 Rabiulawal 1441H, Ahad – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) menahan dagangan iaitu induk udang putih yang diimport dari Panama, Amerika Syarikat semasa pemeriksaan dilakukan di Pintu Masuk Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Dalam kenyataan hari ini, Pengarah Maqis Selangor Dr Tarmisal Alimin berkata tangkapan dilakukan apabila pengimport gagal mengemukakan surat kebenaran untuk mengimport induk udang daripada Jabatan Perikanan Malaysia ketika mengisytiharkan dokumen di Pejabat Maqis.

“Hasil pemeriksaan yang dilakukan ke atas dagangan, terdapat tiga kotak mengandungi 206 ekor udang jenis Panaeus vennamei dengan anggaran bernilai RM25,731.60…kesemua udang di dalam bungkusan tersebut telah mati,” katanya.

Beliau berkata tindakan mengimport apa-apa jenis keluaran pertanian tanpa mematuhi syarat permit import Maqis merupakan suatu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Tarmisal berkata Maqis sentiasa komited menjalankan penguatkuasaan di pintu masuk negara ini bagi menjamin keselamatan keluaran pertanian yang masuk ke dalam negara dan mematuhi syarat serta peraturan ditetapkan oleh kerajaan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close