Berita PilihanBerita UtamaUncategorizedUtama

18 kanak-kanak dieksploitasi sebagai pengemis

17 daripada mereka merupakan warganegara Malaysia

ISKANDAR PUTERI, 27 Rabiulawal 1441H, Ahad – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor menyelamatkan 18 kanak-kanak di negeri ini sejak Januari lepas sehingga kini daripada dieksploitasi sebagai pengemis dan kanak-kanak jalanan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Johor Liow Cai Tung berkata kesemua mereka merupakan 17 kanak-kanak warganegara ini manakala seorang lagi bukan warganegara.

“Kerajaan Johor mengambil beberapa pendekatan bagi menangani eksploitasi kanak-kanak sebagai penjaja jalanan di negeri ini.

“Langkah-langkah telah diambil oleh JKM Johor termasuk Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah dengan melaksanakan operasi pengemis dan kanak-kanak jalanan di seluruh negeri,” katanya menjawab soalan Mohd Izhar Ahmad (PH-Larkin) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di sini hari ini.

Mohd Izhar ingin tahu berhubung pendekatan atau tindakan kerajaan negeri bagi menangani gejala kanak-kanak sebagai penjaja jalanan yang berkeliaran di tempat terbuka seperti di medan niaga tanpa mengira masa, yang dilihat semakin membimbangkan.

Liow berkata mengikut statistik Talian Kasih, sebanyak 63 aduan berkaitan kanak-kanak diterima di negeri ini sejak Januari lepas sehingga kini dengan empat daripadanya melibatkan kanak-kanak meminta sedekah dan menjual barangan di jalanan, sementara yang lain melibatkan pelbagai kes termasuk kes keganasan terhadap kanak-kanak.

Beliau berkata JKM memberi khidmat nasihat dan kaunseling kepada kesemua kanak-kanak yang diselamatkan dan keluarga mereka selain mengambil tindakan bersesuaian mengikut Seksyen 17 (1)(k) Akta Kanak-Kanak 2001. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close