Berita UtamaDunia

Pakistan kutuk serangan, kekejaman Israel ke atas Palestin

Tindakan Zionis cerminkan sikap biadab, kejam

NEW DELHI, 8 Muharam 1444H, Sabtu – Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif pada Sabtu mengutuk keras serangan udara terbaru Israel ke atas Semenanjung Gaza sebagai ‘tindakan keganasan.’

Menurut Shehbaz, tindakan Israel itu mencerminkan sikapnya yang biadab dan kejam kerana mensasarkan rakyat Palestin tanpa mempedulikan akibatnya.

“Pakistan mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel,” kata Perdana Menteri Pakistan itu.

Israel pada Jumaat membunuh 10 rakyat Palestin, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, dalam serangan peluru berpandu di Semenanjung Gaza, yang digambarkan sebagai sebuah ‘penjara terbuka’ berikutan sekatan Israel.

Taysir Al Jabari, seorang pemimpin kumpulan Jihad Islam, adalah antara yang terbunuh. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button