Berita UtamaUtama

Permohonan ADUN Seremban Jaya tidak hadir lulus

Gunasekaran dituduh beri sokongan kepada pengganas LTTE

SEREMBAN, 25 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Zulkefly Mohamad Omar hari ini, meluluskan permohonan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya P. Gunasekaran untuk tidak hadir pada persidangan DUN.

Zulkefly berkata, beliau telah menerima permohonan Gunasekaran (PH-Seremban Jaya), untuk tidak hadir persidangan DUN yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini.

“ADUN Seremban Jaya telah mengemukakan notis permohonan untuk tidak menghadirkan diri dalam persidangan pada 4 November lepas dan permohonan beliau saya luluskan,” katanya ketika berucap pada persidangan DUN di Bangunan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Sebelum ini, Gunasekaran, yang juga Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, telah dituduh di Mahkamah Sesyen Melaka pada 29 Oktober kerana memberi sokongan kepada LTTE dan atas pertuduhan tambahan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 31 Oktober lepas.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close