Berita UtamaGambar PilihanPendapatUtama

Pen’China’an di Malaysia

Ahli Parlimen PH, BN muslim perlu kaji kedatangan rakyat China

SAYA mengajak anak bangsa dan yang seagama untuk melihat perkembangan yang berlaku di tanah air kini, dengan lebih serius melangkaui blok politik kepartian.

Ini bukan isu Barisan Nasional (BN) atau isu Pakatan Harapan (PH), bukan isu Datuk Seri Najib Razak atau Tun Dr Mahathir Mohamad, tetapi ini adalah isu keselamatan negara dan isu masa depan umat.

Saya tidak membicarakan tajuk ini atas alasan membenci rakyat Malaysia berbangsa Cina sebagai musuh, selagi mempunyai semangat patriotik dan menghormati kontrak sosial yang digunakan sejak lebih 60 tahun yang lalu.

Tanah Melayu pernah disebut sebagai sebahagian daripada wilayah Tanah Besar China dalam silibus pendidikan rendah negara China (1938).

Saya ‘concern’ dengan masa depan negara dengan berlakunya kedatangan puluhan ribu atau mungkin ratusan ribu warga asing dari Tanah Besar China, yang kini bermastautin di negara Malaysia seolah-olah tiada sebarang kawalan lagi.

Tangkapan di Pulau Pinang, Cyberjaya, Johor Bahru, Melaka dan banyak lagi adalah sebahagian daripada buktinya. Ia adalah satu ‘open-secret’.

JPN pada 2015 juga mengakui telah mendaftarkan lebih 17,000 kes wanita China yang berkahwin dengan rakyat tempatan.

Ini tidak termasuk dengan kes penjualan kad pengenalan dan pasport kepada warga China.

Ini tidak termasuk ribuan pekerja China yang dibawa masuk bagi menyiapkan lebih 70 projek mega syarikat besar China, yang menelan belanja ratusan bilion Ringgit.

Kita telah lihat apa yang berlaku di Zimbabwe, Sri Lanka, Kenya dan lain-lain.

Saya memohon supaya para Yang Berhormat Menteri dari PH dan para ahli Parlimen pembangkang dari kalangan umat Islam, untuk mengkaji isu ini dan memperjuangkannya di peringkat Parlimen.

Ini bukan isu PH atau isu BN tetapi isu keselamatan negara, isu masa depan umat Islam dan bumiputera sebagai rakyat majoriti di negara tercinta.

Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara Islam yang adil, maju dan makmur, harmoni dan progresif dengan dominasi Melayu Muslim yang berwibawa sebagai tunjang kepimpinan negara.

Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Naib Presiden Isma

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close