Berita UtamaDuniaUtama

Korban protes Iraq 325 orang

7 maut, 78 cedera semalam terkena tembakan peluru hidup

BAGHDAD, 25 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Tujuh orang terbunuh apabila pasukan keselamatan Iraq melepaskan tembakan dan gas pemedih mata untuk menyuraikan protes antikerajaan dalam kes terbaharu semalam, lapor sumber perubatan dan pasukan keselamatan.

Punca kematian disebabkan pasukan keselamatan melepaskan lima tembakan peluru hidup dan gas pemedih mata secara langsung kepada penunjuk perasaan. Dalam pergolakan itu juga, sekurang-kurangnya 78 orang cedera.

Polis berkata, sebelum ini dua orang penunjuk perasaan terbunuh yang mana masing-masing maut berhampiran jambatan Sinak Baghdad dan bersebelahan jambatan Ahrar.

Sementara dua lagi penunjuk perasaan yang cedera meninggal dunia di hospital. Seorang daripada mereka cedera parah akibat tembakan senjata api, manakala seorang lagi maut akibat terkena kelongsong gas pemedih mata.

Dalam pada itu, tiga lagi terbunuh pada waktu siang berhampiran jambatan Ahrar akibat tembakan senjata api.

Sumber hospital berkata, beberapa penunjuk perasaan mengalami kecederaan akibat terkena tembakan peluru hidup, getah dan kelongsong gas pemedih mata..

Sehingga kini, protes masih lagi berlaku di mana penunjuk perasaan ‘mengawal’ tiga jambatan utama di tengah Baghdad, yang membawa kepada Zon Hijau di tempat terletaknya bangunan kerajaan dan kedutaan asing.

Sekurang-kurangnya, 325 orang terbunuh dalam insiden tunjuk perasaan besar-besaran di Baghdad yang tercetus pada 1 Oktober lalu.

Rakyat menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Iraq sejak beberapa tahun kebelakangan ini disebabkan peningkatan pengangguran dan rasuah yang semakin teruk.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close