Berita UtamaUtama

Jangan sebar klip video seks

Tujuh calon SPM didakwa rogol pelajar tingkatan 2 dibebaskan

TAWAU, 25 Rabiulawal 1441H – Polis memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menyimpan atau menyebar klip video yang dikatakan memaparkan perlakuan seks, membabitkan tujuh pelajar lelaki calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan seorang pelajar perempuan tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, bagi kesalahan menyimpan video lucah, mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali , jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, bagi kesalahan menyebar pula, mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Katanya, polis ada menerima aduan awam berhubung penyebaran video berkenaan, dan sedang menjalankan siasatan.

“Video itu sudah diserahkan kepada bahagian forensik untuk siasatan lanjut bagi mengetahui kesahihannya,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.

Dalam kejadian minggu lepas, polis menahan reman tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun, selepas didakwa merogol seorang pelajar tingkatan dua di bilik suis sekolah, dan mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Sementara itu, Peter Umbuas turut meminta orang ramai tidak mengganggu saksi, mahu pun juga pelajar-pelajar terbabit, memandangkan kesemua mereka masih belajar, dan ada yang sedang menduduki peperiksaan penting.

Katanya, setakat ini enam orang saksi telah dipanggil bagi memberi keterangan.

“Polis turut menjalin kerjasama dengan pihak yang berkaitan, termasuk Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu pelajar perempuan, yang dikatakan seorang pelajar pintar. Ia termasuk kemungkinan penempatan sekolah baharu yang sesuai untuk pelajar perempuan itu,” katanya. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close