Berita UtamaUtama

Fort Pin tak ada integriti

Menutup perbahasan dengan ayat al-Quran adalah cara yang baik

Oleh Nurul Atikah Mohd Rosli

BANGI, 25 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Sikap biadab Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Dr Wong Fort Pin baru-baru ini menyerlahkan sifat sebenar pemimpin rasis dan cauvinis DAP yang keterlaluan.

Ketua Media Muafakat, Haji Rashidi Haris berkata, tindakan menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron membaca petikan ayat al-Quran untuk mengakhiri sesi perbahasan menunjukkan pemimpin DAP itu langsung tidak bertolak ansur.

Katanya, Timbalan Speaker seperti tiada integriti dalam mengendalikan perbahasan besar.

“Beliau seolah-olah tidak mempunyai sikap tolak ansur. Penting bagi Dewan Undangan Negeri yang sememangnya perlu bersikap bijaksana dan berhemah dalam mengendalikan majlis.

“Dengan sikap sebegitu, sah beliau langsung tidak layak menjadi Speaker,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net.

Mengulas lanjut, Haji Rashidi berkata, sebenarnya tidak salah membaca ayat suci al-Quran di Dewan Undangan Negeri, kerana ia sebuah dewan tertutup bagi pemimpin yang menjadi pilihan rakyat.

Bahkan katanya, setiap wakil rakyat mempunyai hak dan masa untuk berbicara, dan semestinya kena ada tolak ansur daripada Speaker.

“Begitu juga dengan Idris. Menutup perbahasan dengan ayat al-Quran adalah cara yang baik. Tak perlu dihalang. Itu hak dia,” katanya.

Beliau berkata demikian, merujuk tindakan biadab Fort Pin yang menghalang Idris, yang juga ADUN Sungai Udang menutup perbahasannya dengan petikan ayat al-Quran.

Idris berhasrat untuk memetik ayat dari surah Yunus ayat 14, namun tidak dibenarkan Fort Pin kerana masa 10 minit yang diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu tamat.

Berlaku pertikaman lidah beberapa minit antara Idris dan Fort Pin, sehingga Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) yang mengambil giliran berbahas, campur tangan dengan memberi laluan untuk Idris membacakan petikan ayat al-Quran berkenaan.

Selepas diasak wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur seterusnya meminta Idris meneruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close