Berita UtamaUtama

22 terkorban serangan di Syria

Serangan peluru berpandu turut bunuh 10 kanak-kanak, 3 wanita

DAMSYIK, 25 Rabiulawal 1441H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 22 orang awam terkorban akibat serangan udara rejim Syria dan sekutunya, Russia di barat laut negara itu, kata aktivis tempatan semalam.

Jurucakap Pertahanan Awam Syria, Ahmed Yarji mengesahkan dalam kejadian sama, 16 orang terbunuh akibat serangan peluru berpandu kem di wilayah Qah.

Beliau berkata, antara mereka yang terkorban adalah 10 orang kanak-kanak dan tiga wanita.

Pada masa sama, Persatuan Perubatan Amerika (SAMS) dalam satu kenyataan memberitahu, peluru berpandu telah meletup sejauh 25 meter sehingga mencederakan empat kakitangan hospital berdekatan.

“Banyak peralatan hospital musnah, lebih malang pesakit terpaksa dipindahkan ke tempat lain kerana bimbang situasi semasa makin teruk,” katanya.

Sejak perang saudara meletus di Syria pada 2011, lebih 370,000 orang terbunuh, manakala jutaan lagi hilang tempat tinggal dan melarikan diri ke negara lain.

Kanak-kanak yang berada di dalam bangunan, termasuk rumah mereka, menjadi sasaran mudah bom yang digugurkan pesawat rejim al-Assad dan sekutunya Russia. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close