Berita UtamaUtama

Samakan LTTE dengan Palestin ibarat menangguk di air keruh

Jangan ambil kesempatan atas penderitaan yang dialami orang lain

BANGI, 24 Rabiulawal 1441H, Khamis – Tindakan segelintir pihak cuba meraih simpati bagi kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dan menyamakannya mereka dengan perjuangan rakyat Palestin boleh diibaratkan seperti menangguk di air keruh.

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hun berkata, perjuangan rakyat Palestin langsung tidak sama dengan pengganas LTTE.

Beliau berkata, perbezaan ketara adalah rakyat Palestin berjuang untuk mendapatkan negara mereka yang dirampas, tetapi pengganas LTTE pula mahu merampas tanah milik negara berdaulat Sri Lanka untuk dijadikan negara Tamil mereka sendiri.

“Perjuangan rakyat Palestin umpama harta dalam rumah mereka dicuri, tanah milik mereka dirampas dan saudara mereka dibunuh dan mereka hanya mahu dapatkan hak mereka kembali.

“Pengganas LTTE umpama perompak yang menceroboh masuk ke rumah mahu merompak harta pemilik rumah dan apabila tidak diberikan, perompak membunuh penghuni rumah itu.

“LTTE umpama perompak dan rakyat Palestin adalah yang dirompak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago antara paling awal mengecam penahanan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, G Saminathan serta ADUN Seremban Jaya, P Gunasekaren oleh polis anti-keganasan.

Santiago memberi alasan bahawa tindakan polis sebagai membuang masa dan sumber kerana LTTE tidak mempunyai cawangan di Malaysia.

Malah, Charles dengan tidak semena-mena cuba menyamakan pengganas LTTE dengan pejuang Palestin.

“Kenapa ahli LTTE tidak dianggap `pejuang kebebasan’ di Malaysia sama seperti pejuang hak Palestin. Perjuangan LTTE sama seperti warga Palestin yang menentang negara berkuasa membabitkan rampasan tanah dan penguasaan ekonomi,” katanya.

Mengulas lanjut, Firdaus menegaskan, beliau sama sekali tidak bersetuju apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan menyamakan situasi rakyat Palestin dengan kumpulan pengganas LTTE.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close