Berita PilihanDuniaUtama

Rusia jemput pakar Malaysia kaji maklumat nahas MH17

Harap bantu dapat lebih banyak maklumat dalam pasukan siasatan

MOSCOW, 24 Rabiulawal 1441H, Khamis – Rusia menjemput pakar Malaysia untuk mengkaji semua maklumat yang diserahkannya kepada Pasukan Siasatan Bersama (JIT) berhubung nahas pesawat MH17 Penerbangan Malaysia pada 2014, lapor agensi berita Sputnik memetik kenyataan Menteri Luar Rusia, Sergey Larov.

Lavrov berkata, beliau dan rakan sejawatannya dari Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah sudah membincangkan mengenai sumbangan Rusia terhadap siasatan MH17.

“Kami sudah membincangkan apa yang sudah dilakukan Rusia bagi memastikan objektif sebenar, butiran, siasatan kukuh dan semua data yang kami sudah serahkan, demonstrasi apa yang mungkin berlaku, apakah kemungkinan kesimpulan dan semua perkara yang diketepikan oleh JIT.

“Daripada apa yang saya difahamkan, Malaysia tidak dimaklumkan mengenai data yang kami serahkan kepada JIT.

“Jadi kami menjemput rakan kami dari Malaysia untuk menghantar pakar mereka supaya pakar kami dapat berkongsi dengan mereka segala perkara yang sudah ditunjukkan dan dihantar ke Belanda untuk siasatan JIT.

“Saya harap ia akan membantu rakan kami dari Malaysia mendapat lebih banyak maklumat berbanding peserta lain dalam pasukan siasatan seperti yang mereka mahu,” kata Lavrov dalam sidang akhbar bersama rakan sejawatannya dari Malaysia.

Dalam perkembangan sama, Saifuddin menambah, Malaysia komited untuk mendedahkan semua bukti berkaitan pesawat malang MH17 itu.

“Malaysia teguh dengan pendirian bahawa kami mahu melihat semua bukti didedahkan kepada umum dan semua pihak yang berkepentingan yang memiliki sebarang bukti seharusnya diberi peluang untuk menyerahkan bukti kepada pasukan siasatan,” katanya sambil berjanji tidak akan membuat keputusan mengenai siapa benar atau siapa salah sebelum mengkaji semua bukti.

“Malaysia sebagai pihak yang terbabit dalam insiden MH17 turut serta dalam JIT secepat mungkin sewaktu pasukan siasatan itu dibentuk, tetapi malangnya, ia tertangguh.

“Ini adalah suatu perkara yang kami berasa agak kurang selesa,” katanya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close