Berita Utama

Kerajaan belum buat keputusan wujudkan gred beras putih MADANI

Ketetapan mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994

KUALA LUMPUR, 7 Syaaban 1445H, Sabtu – Kerajaan belum membuat ketetapan untuk mewujudkan satu gred beras putih sahaja di negara ini, yang dikenali sebagai Beras Putih Malaysia MADANI.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dalam kenyataan hari ini berkata, sebarang pengumuman atau ketetapan yang dibuat, mesti berpandukan Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522] serta dimaklumkan kepada Jemaah Menteri.

“Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersetuju dengan kenyataan Perdana Menteri semalam, yang memaklumkan cadangan tersebut akan dibincangkan secara kolektif dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pelaksanaan Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL), akan datang,” katanya.

Kenyataan itu bagi menjelaskan kekeliruan yang berlaku susulan pengumuman yang dibuat Pengerusi Task Force (Kluster Makanan) NACCOL Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal, pada 14 Feb.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang dalam sidang media dilaporkan berkata tiada lagi kategori Beras Putih Tempatan (SST) dan Beras Putih Import (SSI) melainkan Beras Putih Malaysia MADANI sebagai kategori tunggal. – Bernama

Berita berkaitan:

Berbulan-bulan susah nak jumpa beras tempatan, alih-alih keluar Beras Madani

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button