Berita UtamaUtama

Scam warga China: Siapa penjenayah jual negara ini?

Apa nak jadi dengan Malaysiaku tercinta

BANGI, 24 Rabiulawal 1441H, Khamis – Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Zainur Rashid Zainuddin menyatakan, rasa terkejut dengan jumlah warga China yang ditahan selepas terlibat dengan sindiket penipuan pelaburan dalam talian.

Beliau hairan bagaimana seramai 680 orang warga China yang dilaporkan gagal mengemukakan pasport boleh berada dan menetap di negara ini.

“Jumlah yang sebenar dan membuat onar pastinya jauh lebih ramai daripada jumlah ini.

“Siapakah penjenayah yang menjual negara ini? Apa nak jadi dengan Malaysiaku, negara tercinta,” soalnya dalam hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Terdahulu, Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket penipuan pelaburan dalam talian terbesar membabitkan warga China selepas menahan 680 orang dalam serbuan di sebuah bangunan enam tingkat di Cyberjaya, semalam.

Difahamkan, semua mereka berusia 19 hingga 35 tahun dipercayai menjalankan aktiviti scam atau penipuan secara dalam talian yang berpusat di China dan disyaki sudah beroperasi sejak enam bulan lalu.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, modus operandi sindiket berkenaan menyasarkan mangsa di China dengan menawarkan keuntungan yang tinggi dan pantas.

Beliau berkata, kira-kira 100 orang sempat melarikan diri dengan merempuh kepungan pegawai imigresen, selain ada antara mereka yang tercedera dalam usaha melarikan diri.

Siasatan awal mendapati mereka tinggal di negara ini menggunakan pas lawatan sosial (PLS) dan antara kesalahan dikenal pasti adalah melanggar syarat pas, selain masuk dan tinggal di Malaysia tanpa pas yang sah serta tinggal lebih masa.

“Hampir semua yang ditahan tidak dapat mengemukakan pasport dan hingga kini tiada wakil atau individu hadir mengemukakan pasport mereka,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close