Berita UtamaUtama

Wong Fort Pin dedah sikap rakus DAP benci Islam

Timbalan Speaker DUN Melaka biadab halang Idris baca ayat al-Quran

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 23 Rabiulawal 1441H, Rabu – Gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Melaka hari ini mendesak Timbalan Speaker, Datuk Dr Wong Fort Pin segera meminta maaf kepada umat Islam di negeri itu susulan tindakan biadab beliau terhadap ayat suci al-Quran.

Ketua Perhubungan Negeri Isma Melaka, Ustaz Ir Mohd Khoushaini Mohd Naim berkata, tindakan Fort Pin menghalang Ketua Pembangkang, Datuk Seri Idris Haron (BN-Sungai Udang) membaca petikan ayat al-Quran mendedahkan sikap DAP yang rakus; tamak haloba; tidak mahu bertolak ansur dan benci kepada Islam dan Melayu.

“Tindakan beliau telah menghiris perasaan majoriti umat Islam di negeri ini, apatah lagi Islam adalah Agama Persekutuan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Serentak itu, ADUN Bemban daripada parti tamak haloba, DAP perlu serius membuat permohonan maaf secara terbuka serta menarik balik tindakan kontroversinya.

“Sebagai seorang Speaker yang bermoral, beliau tidak sepatutnya membuat tindakan liar yang menggugat keharmonian rakyat negeri ini,” tegas Ustaz Khoushaini dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, tular satu rakaman video menunjukkan tindakan biadab Fort Pin yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, menghalang ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron untuk menutup perbahasannya dengan petikan ayat al-Quran.

Pada penutup ucapannya, Idris berhasrat untuk memetik ayat dari surah Yunus ayat 14, namun tidak dibenarkan Fort Pin kerana masa 10 minit yang diberikan kepada bekas Ketua Menteri Melaka itu tamat.

Berlaku pertikaman lidah beberapa minit antara Idris dan Fort Pin, sehingga Datuk Seri Abd Ghafaar Atan (BN-Asahan) yang mengambil giliran berbahas, campur tangan dengan memberi laluan untuk Idris membacakan petikan ayat al-Quran berkenaan.

Timbalan Speaker tetap bertegas dengan tidak membenarkan Idris berbuat demikian sehingga beberapa EXCO bangun menasihatinya supaya memberi peluang supaya ayat suci al-Quran itu dibacakan.

Selepas diasak wakil kerajaan dan pembangkang, Fort Pin akhirnya akur seterusnya meminta Idris meneruskan bacaan petikan al-Quran berkenaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close