Berita UtamaUtama

Sikap Fort Pin bukti DAP benci kebenaran Islam

Tidak mustahil MCA boleh berkelakuan sedemikian jika dominan

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 23 Rabiulawal 1441H, Rabu – Sikap berkeras Timbalan Speaker DUN Melaka, Datuk Dr Wong Fort Pin menghalang Datuk Seri Idris Haron membaca ayat al-Quran di akhir ucapan Sesi Perbahasan Belanjawan Melaka, menunjukkan betapa bencinya pemimpin DAP kepada kebenaran Islam.

Semalam, Idris yang juga ADUN Sungai Udang, berhasrat memetik ayat dari surah Yunus ayat 14 ketika menutup perbahasannya, namun tidak dibenarkan atas alasan masa 10 minit yang diberikan kepada telah tamat.

Berlaku pertikaman lidah beberapa minit antara Idris dan Fort Pin, sehingga ADUN Asahan, Datuk Seri Abd Ghafaar Atan yang mengambil giliran berbahas, campur tangan dengan memberi laluan untuk Idris membacakan petikan ayat al-Quran berkenaan.

Fort Pin tetap bertegas dengan tidak membenarkan Idris berbuat demikian sehingga beberapa EXCO bangun menasihatinya supaya memberi peluang supaya ayat suci al-Quran itu dibacakan.

Mengulas insiden berkenaan, Naib Presiden gerakan Islam, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof Zainur Rashid Zainuddin berkata, inilah antara sebab mengapa parti paling dominan di Putrajaya, DAP sangat dibenci oleh orang Melayu Islam.

Katanya, dengan sikap pemimpin DAP sedemikian, tidak mustahil juga parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga akan bersikap begitu andai mereka dominan dalam tampuk pemerintahan negara.

“Dr Wong Fort Pin, Timbalan Speaker DUN Melaka adalah tambahan nama kepada YB Kulasegaran, YB Ngar Kor Ming, YB Ramasamy, YB Kasthuriraani, YB Lim Guan Eng, Lim Kit Siang dan ramai lagi YB DAP yang telah menguji kesabaran orang Melayu dan umat Islam.

“Melaka, Perak dan Putrajaya juga bergegar akibat kocakan ini meskipun ada yang cuba untuk menafikan pergolakan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, antara beberapa pilihan yang ada bagi ‘merawat’ keadaan ini dengan segera ialah dengan ‘mentiadakan’ DAP daripada kerajaan pemerintah negeri dan pusat.

“Sebab itulah dominasi politik Melayu Islam yang berpegang kepada asas agama sangat penting. Supaya perkara sebegini tidak dibiarkan berlaku,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close