Berita UtamaUtama

MetMalaysia keluar amaran ribut tropika Kalmaegi

Kedudukan ribut itu kira-kira 1,367 km ke Timur Laut Kudat, Sabah

KUALA LUMPUR, 23 Rabiulawal 1441H, Rabu – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika Kalmaegi, yang menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan berhampiran perairan Sabah.

Dalam kenyataan hari ini, jabatan itu memaklumkan jarak bandar terdekat dengan kedudukan ribut itu ialah kira-kira 1,367 kilometer (km) ke timur laut Kudat, Sabah.

Berdasarkan pencerapan 5 pagi ini, kedudukan ribut tropika berada kira-kira 183km ke timur laut Luzon, Filipina dan bergerak ke arah selatan barat daya dengan kelajuan 30km sejam.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close