Berita UtamaUtama

Hanya doktor taraf ‘pawang kampung’ bantah larangan arak

MMA, FPMPAM tak setuju larangan arak tempat awam memalukan

BANGI, 23 Rabiulawal 1441H, Rabu – Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari menyelar tindakan Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) serta Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) membantah larangan minum arak secara terbuka.

Beliau menyifatkan, tindakan Presiden MMA, Dr N Ganabaskaran serta Presiden FPMPAM, Dr Steven Chow membantah cadangan supaya kerajaan menggubal undang-undang bagi menghalang sebarang aktiviti meminum arak di khalayak ramai sebagai sesuatu yang memalukan.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ahmad Fadhli pada awalnya mejangkakan bantahan akan datang daripada persatuan penjual arak atau daripada pemegang taruh di dalam perniagaan itu.

“Namun sayangnya ia datang daripada seorang bergelar doktor! Alangkah kenyataan ini benar-benar memalukan ramai lagi doktor yang ikhlas membantu masyarakat.

“Saya kira doktor seperti ini setaraf dengan pawang kampung yang melepaskan hantu peliharaannya untuk mengacau penduduk kampung dan seterusnya datang berubat dan dia berpeluang membuat untung,” katanya.

Terdahulu, Ganabaskaran serta Steven menyuarakan bantahan terhadap saranan untuk mengharamkan penjualan dan penggunaan minuman keras di tempat awam.

Meskipun mengakui bahaya penggunaan alkohol secara berlebihan, Presiden MMA dan FPMPAM itu berkata, ada cara yang lebih baik menangani isu itu daripada mengenakan larangan.

Mereka berkata demikian difahamkan sebagai membalas kenyataan yang dibuat Selasa lalu oleh Tan Sri Noh Omar (BN-UMNO-Tanjong Karang) dan Ahmad Fadhli.

Noh Omar sebelum ini berkata, minum minuman keras lebih berbahaya daripada merokok, sementara Ahmad Fadhli menegaskan peminum boleh menimbulkan bahaya kepada orang lain.

Sebaliknya, Presiden FPMPAM mendakwa, kedua-dua Ahli Parlimen itu telah melampaui batas dalam membuat cadangan, sambil menambah bahawa Putrajaya mempunyai masalah yang lebih kritkal untuk ditangani.

Manakala, Presiden MMA pula berkata, adalah lebih baik mendidik orang ramai mengenai bahaya kesan alkohol.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close