Berita PilihanBerita UtamaUtama

Isu Kampung Baru dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini

Bagaimana konsep pembangunan dan jamin kepada orang Melayu

KUALA LUMPUR, 22 Rabiulawal 1441H, Selasa – Isu pembangunan semula Kampung Baru adalah antara perkara yang dibangkitkan pada persidangan Dewan Rakyat yang masuk hari ke-26, hari ini.

Mengikut aturan mesyuarat Dewan Rakyat, soalan itu dikemukakan Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil (PH-Lembah Pantai) pada sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri yang meminta Menteri Wilayah Persekutuan menjelaskan tentang konsep sebenar pembangunan semula kawasan itu.

Beliau juga mahukan penjelasan sama ada kepentingan orang Melayu yang merupakan pemilik asal tanah Kampung Baru akan terjamin dengan pembangunan semula itu.

Pada sesi sama, Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang) meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menjelaskan sebab kementerian itu masih belum melaksanakan had umur perkahwinan kepada 18 tahun bagi membanteras isu perkahwinan bawah umur di negara ini.

Sementara itu, bagi sesi Pertanyaan-pertanyaan Jawab lisan, antara perkara yang akan menjadi perhatian adalah mengenai langkah kerajaan untuk mengembalikan semula kegemilangan industri koko yang kini berhadapan dengan masalah kekurangan pengeluaran biji koko.

Persoalan itu dibangkitkan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) yang meminta penjelasan daripada Menteri Industri Utama.

Selepas tamat sesi jawab lisan, sesi perbahasan akan disambung dan dua lagi kementerian iaitu Kementerian Pengangkutan serta Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan menggulung Rang Undang-undang Perbekalan 2020 di peringkat jawatankuasa.

Persidangan Dewan Rakyat akan berlangsung sehingga 5 Disember. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close