Berita UtamaDr Ridhuan Tee AbdullahKolumnisUtama

Kemenangan MCA tidak untungkan Melayu, Islam

Berjasa kena teruskan perjuangan, rakyat akan terus menilai...

INGATAN saya kepada UMNO PAS dalam Muafakat Nasional, jangan terlalu gembira, dengan kemenangan majoriti besar yang dimenangi oleh MCA. Tunggu dan lihat. Gelagat MCA dalam PRU 15 akan datang. Ketika itu baru akan tahu siapa kawan dan siapa lawan.

Ada yang berkata, jika berlaku PRK lagi di beberapa kawasan, pasti PH akan kehilangan lebih banyak kerusi. Dalam maksud, kemenangan demi kemenangan akan dicapai oleh BN. Benarkah?

Nasihat saya. Fahami makna atau erti kemenangan. Jika kerusi yang bertambah masih lagi kerusi bukan Melayu, itu bukan petanda baik. Seperti yang telah saya perkatakan, kemenangan MCA di Tanjung Piai tidak menguntung Muafakat Nasional.

Yang untung adalah ultra kiasu. Bertambah lagi kerusi wakil Cina dan berkuranglah kerusi wakil Melayu. Antara arwah yang meninggal itu dan Karmaine yang bertanding menggantikannya daripada PPBM (PH), saya telah percaya mereka berdua daripada MCA.

Menyimpan MCA ini ibadat melepaskan anjing tersepit. Anjing akan gigit balik tuannya. Jangan lupa telatah MCA ketika BN kehilangan kuasa dan PRK Balakong. Saya akan bersetuju dengan MCA, jika MCA faham taubat nasuha.

Jika tidak percaya, cuba bangkitkan isu Sekolah Cina, termasuk jawi, UEC, dan lain-lain kepentingan Cina. Tidak ketinggalan isu negara Islam dan undang-undang Islam. Kita boleh tengok bagaimana gelagat ultra kiasu ini.

Seburuk-buruk Melayu, meskipun PH, masih ada sekelumit Islam di hatinya. Sebaik-baik MCA, sekelumit pun belum tentu ada. Pada fikiran MCA, Cina, Cina, Cina, nama pun parti Cina. Bak kata pepatah lebih baik bersama syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali. Mungkin selepas tarbiyyah UMNO dan PAS kepada MCA, baru akan merubah keadaan.

Keputusan PRK Tanjung Piai membuktikan betapa bijaknya bagaimana orang Cina berpolitik. Cina tidak rugi apa-apa sama ada DAP atau MCA yang menang. Yang penting wakil rakyat mereka mesti berupaya memperjuangkan nasib Cina.

Bukan macam politik Melayu, kita sanggup benamkan saudara sesama sendiri hingga ke hujung benua bagi memastikan kejayaan diraih.

MCA lebih Cina daripada DAP itu sendiri. Malah boleh dikatakan, terlebih Cina, daripada orang Cina negara China. Bila-bila masa sahaja wakil MCA ini boleh swing kepada pihak yang berkepentingan Cina kepada mereka. Justeru, saya ingatkan BN dan Muafakat Nasional, janganlah terlampau gembira atau suka.

Percayalah, selepas ini sekolah Cina dan sekolah persendirian Cina akan terus bertambah, UEC akan lebih cepat diiktiraf. Macam dahululah ketika DAP berada di luar kerajaan. DAP tekan, MCA buat kerja. Kini ini MCA tekan, DAP buat kerja. Pi mai pi mai tang tu jugak. Cina ultra kiasu tetap untung, Melayu terus rugi.

Selepas ini tidak mustahil, parti Gerakan (PGRM), memohon untuk masuk dalam PH atau BN, mengintai kerusi mereka sebelum ini di kawasan majoriti Melayu. MIC akan terus mencongak dan mengintai kerusi yang paling selesa untuk mereka. Sudah Muafakat Nasioan dan BN menyediakan formula. Jika belum, lakukan sekarang sebelum terlambat.

Saya harap Gerakan tidak akan memohon menyertai BN. Cukuplah dengan adanya MCA dan MIC dalam BN. Tidak perlu ada dua ultra kiasu. Itupun bukan mudah untuk menguruskan MCA, kerana semua tahu siapa MCA sebenarnya. Kalau nak kata MCA kurang mudaratnya berbanding DAP, berasaskan kedudukan MCA lebih 60 tahun bersama BN, saya kurang setuju.

Mengenali ultra kiasu sekian lama, mereka tidak akan pernah puas. Kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman, biar Cina kuasai ekonomi, Melayu kuasai politik, sudah tidak relevan lagi. Hari ini ultra kiasu mahu kesemuanya.

Akhirnya, saya mohon UMNO dan PAS, hasil kemenangan PKR Tanjung Piai ini, agar dapat mentarbiyyah dan mendidik MCA (termasuk MIC), supaya tidak terlalu ultra kiasu. Sifat ini perlu dibendung untuk kebaikan bersama. Kepada Berjasa, jangan putus asa, perjalanan politik masih jauh di hadapan. Teruskan perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. Tidak menang dalam pilihan raya itu bukan beerti kalah. Rakyat yang melihat dan menilai.

Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Pusat Pengajian Teras
Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Melayu dan Islam sederhana, mahupun pendirian rasmi Portal Islam dan Melayu (Ismaweb.net).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close