Berita UtamaDunia

Qatar bantu jelaskan gaji kakitangan Palestin melalui geran bulanan

Dalam bentuk pembelian bahan api yang ditukar kepada wang tunai

RAMALLAH, 20 Rabiulakhir 1443H, Khamis – Duta Qatar, Mohammad Al-Emadi yang mengetuai jawatankuasa pembinaan semula Gaza kini sedang berusaha mencapai perjanjian dengan Mesir dan negara haram Israel berhubung pembayaran gaji kakitangan di Sememanjung Gaza.

Mohammad Al- Emadi yang sedang dalam rangka lawatan sememanjung Gaza telah mengadakan pertemuan dengan Hamas dan beberapa pegawai Israel dan berusaha memuktamadkan perjanjian bagi membekalkan bahan api dan bahan binaan asas termasuk menyelesaikan masalah gaji kakitangan.

Sementara itu, Ketua Bahagian Media di Semenanjung Gaza, Salameh Maarouf berkata, perjanjian Qatar dan Mesir telah dicapai dan di Semanjung Gaza kini sedang menunggu permulaan operasi untuk pengepaman bahan bakar.

“Qatar akan membayar nilai geran bulanan kepada kakitangan Gaza antara AS$7 juta hingga AS$10 juta dalam bentuk bahan api yang akan dihantar melalui Rafah.

“Bahan api akan dijual di pasaran dengan syarat wang berkenan akan disalurkan semula kepada kementerian kewangan bagi membayar gaji pekerja penduduk Palestin,” kata pegawai berkenaan.

Sumber mendedahkan, usaha intensif dibuat bagi mencapai persetujuan mengenai mekanisme pembayaran gaji kepada puluhan ribu pekerja di Gaza, dalam langkah menangguhkan sebarang pergolakan di Semenanjung Gaza.

Sejak Mei lalu, Qatar telah membuat dua kali pembayaran geran kepada 95,000 keluarga di Semenanjung Gaza dengan kiraan AS$100 kepada satu keluarga.

Qatar telah mengagihkan dana melalui Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pusat pengedaran tertentu di Semenanjung Gaza. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button