Berita UtamaUtama

Kaum minoriti terus dominasi politik negara

BN menang tambah bilangan anggota bukan Islam di Parlimen

BANGI, 20 Rabiulawal 1441H, Ahad – Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai membuktikan kaum minoriti terus mendominasi politik negara melalui penyatuan suara.

Amir gerakan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman dalam satu kenyataan berkata, manakala suara majoriti Melayu pula berpecah tanpa membawa erti signifikan dalam menentukan hala tuju politik bangsa.

Beliau berkata, meskipun penyokong Barisan Nasional (BN) dan MCA gembira calon mereka memperoleh kemenangan selesa, ia bagaimanapun tidak dapat mengekang kerakusan dan keangkuhan DAP yang dihadapi negara sekarang.

Bahkan, katanya lagi, kejayaan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng merampas semula kerusi Parlimen Tanjung Piai dibimbangi akan menggalakkan lagi mereka menggunakan pengaruh untuk ‘bulldoze’ apa sahaja tanpa mempedulikan undang-undang.

PRK Tanjung Piai memihak kepada BN apabila memperoleh 25,466 undi daripada 128 peti undi.

Calon berkenaan, Jeck Seng menewaskan pencabar terdekat dari Pakatan Harapan (PH), Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi serta empat pencabar lain.

Mengulas lanjut, Ustaz Abdullah berkata, kemenangan BN juga secara tidak langsung menambahkan lagi bilangan anggota bukan Islam di Parlimen.

Menurut data dikeluarkan Gerakan Pengundi Sedar (GPS), kemenangan Jeck Seng menjadikan bilangan anggota Parlimen bukan Islam seramai 85 orang daripada 222 ahli.

Meskipun bilangan bukan Islam belum lagi mengatasi wakil rakyat Islam, namum begitu suara mereka lebih didengari di dalam kerajaan.

Menerusi bilangan berkenaan, Ustaz Abdullah menjangkakan, ketegangan kaum akan meningkat jika tiada perubahan berlaku dalam masa terdekat.

“Selain itu, politik orang Melayu dijangka terus terumbang-ambing tanpa dapat memanfaatkan kedudukan mereka yang majoriti dalam mempengaruhi hala tuju politik negara,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close