Berita UtamaUtama

PRK Tg Piai: Penyokong BN, PH berperang mulut

Lelaki pakai plakad 'PH janji kosong' cetus provokasi

BANGI, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Berlaku sedikit ketegangan pada hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, hari ini.

Ini setelah penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) berperang mulut akibat tindakan seorang lelaki membuat provokasi.

Lelaki itu mengundang kemarahan penyokong PH apabila sengaja melintasi mereka dengan memakai plakad tertulis ‘PH janji kosong’.

Difahamkan, beberapa orang dari kumpulan penyokong PH kemudiannya bertindak mengejar lelaki berkenaan dan memintanya menanggalkan plakad tersebut.

Lelaki itu kemudiannya terus berjalan melintasi kumpulan penyokong BN yang berada pada jarak 20 meter dari kawasan penyokong PH.

Bagaimanapun, anggota polis yang berada di tempat kejadian berjaya mengawal keadaan dan meminta lelaki itu menanggalkan plakadnya.

Beberapa anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kemudiannya turut memberi amaran kepada lelaki itu atas tindakan provokasi dibuat dan memintanya beredar.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 11 pagi di hadapan pusat pengundian di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yu Ming, Pekan Nenas di Pontian.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close