Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

Netizen sokong kuat Berjasa

'Doa semoga dipermudahkan urusan dalam PRK kali ini

PONTIAN, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Majoriti masyarakat sebulat suara mendoakan supaya calon Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz atau Tok Badh menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang dijangka diumumkan pada 10 malam ini.

Di laman sosial Facebook Berjasa, rata-rata netizen mengucapkan kata-kata semangat buat Berjasa yang membawa agenda penyatuan Melayu dan Islam.

Pengguna Facebook Abu Muhammad berkata: “Semoga pengundi di Tanjung Piai pilih Berjasa,”

Sementara itu, Muhammad Izwan Isha berkata: “Semoga Berjasa menang besar di Tanjung Piai.

“Hidup Berjasa! Hidup Islam!” kata Areef Abd Rahman.

“InsyaAllah kemenangan Tanjung Piai milik Berjasa Tok Badh, alhamdulillah,” tulis Daim Azmir

Malah Samsiah Yati berkata: “Saya berdoa agar dipermudahkan urusan Berjasa,”

Selain itu, Haziq Mohamad berkata, Berjasa perlu perbanyakkan promosi calon nombor 5 iaitu Badrulhisham.

Memberi sokongan buat Berjasa, beliau berkata, sokongan buat Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) masih menebal lagi di kalangan netizen.

“Masyarakat mungkin masih belum nampak kelibat Berjasa, mohon admin giatkan infografik tentang Tok Badh dengan lebih banyak dan kerap,” katanya.

Sebanyak 27 pusat mengundi membabitkan 125 saluran dibuka dari 8 pagi hingga 5.30 petang ini bagi membolehkan pengundi dalam kawasan Parlimen Tanjung Piai memilih wakil rakyat baharu pada PRK Parlimen itu.

Seramai 52,471 pengundi akan menunaikan hak mereka untuk memilih wakil rakyat baharu hari ini, selepas kematian penyandangnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik daripada Bersatu yang mewakil Pakatan Harapan (PH) pada 21 September lepas akibat komplikasi jantung.

Pilihan raya itu menyaksikan pertembungan antara calon Berjasa iaitu Tok Badh, Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini melawan calon Barisan Nasional (BN) daripada MCA Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close