Berita UtamaUtama

DAP punca kacau-bilau di Perak

PH cenderung rebut kuasa, tak serius selesai masalah rakyat

BANGI, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Parti dominan dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) iaitu DAP didakwa sebagai punca kepada segala kacau-bilau yang berlaku di negeri Perak ketika ini.

Ketua Penerangan PAS Perak, Hafez Sabri membangkitkan perkara itu setelah mempercayai bahawa pemimpin DAP telah memulakan konflik dalaman di antara pemimpin PH.

Beliau berkata, kepemimpinan PH akan sentiasa menafikan bahawa wujudnya konflik di antara mereka, walaupun terdapat bukti untuk menjatuhkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

“Sehinggalah Menteri Besar Perak sendiri mengungkapkan bahawa beliau bersendirian dalam menghadapi ancaman dan tekanan daripada DAP demi mempertahankan maruah Melayu dan Islam.

“Natijahnya, beliau mendapat gelaran munafik dan tidak layak menjadi Menteri Besar daripada Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador, manakala Setiausaha DAP Perak, Wong Kah Woh pula berkata kenyataan itu sangat memalukan dan bercanggah dengan permuafakatan dalam PH.

“PH Perak boleh diumpamakan tidur pakatan mereka mungkin sebantal tetapi mimpi dan angan-angan mereka berbeza dan tidak mempunyai titik persamaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video kontroversi membabitkan seorang lelaki dikatakan memujuk tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO, yang tidak dinamakan, untuk menyokongnya menjadi Menteri Besar menggantikan Ahmad Faizal.

Difahamkan lelaki berkenaan mirip Exco kerajaan negeri dari parti DAP, Aziz Bari.

Mengulas mengenai perkara itu, Hafez menggesa, PH Perak segera dikeluarkan daripada terus memimpin kerajaan negeri.

Beliau berkata, konflik berkenaan membuktikan bahawa pemimpin PH tidak pernah serius untuk menyelesaikan masalah rakyat.

Sebaliknya, kata beliau, mereka lebih gemar untuk berebut kuasa dan pangkat menjadi Menteri Besar dan Perdana Menteri.

“Jika di peringkat persekutuan, jawatan Perdana Menteri menjadi rebutan antara PKR dan Bersatu, demikian juga di negeri Perak perebutan beralku antara DAP dan Bersatu.

“Percakaran yang wujud ini sememangnya memualkan dan membimbangkan rakyat yang melihat suasana kerajaan Perak yang sangat tidak stabil pada hari ini.

“Jawapan paling berkesan adalah kembalikan semula kuasa rakyat untuk rakyat buat pilihan kerajaan baru demi suasana politik yang lebih stabil akan wujud di negeri Perak,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close