Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

Apapun keputusan PRK Tanjung Piai, Berjasa telah menang

Parti politik Melayu Islam semakin mendapat tempat di hati penduduk

PARA penduduk Tanjung Piai telah keluar mengundi hari ini, untuk menentukan siapakah yang bakal dipilih menjadi wakil rakyat bagi P165 Parlimen Tanjung Piai.

Keputusannya pula akan diketahui pada malam ini.

UMNO, PAS, MCA, BERSATU dan DAP tentu akan berharap kemenangan akan berpihak kepada calon pilihan masing-masing.

Begitu juga dengan Berjasa, parti politik Melayu Islam yang semakin mendapat tempat di hati penduduk-penduduk Tanjung Piai dan bangsa Melayu/umat Islam khususnya.

Berbeza dengan parti-parti yang lain, Berjasa tidak merancang untuk masuk bertanding pada awalnya. Harapannya ialah sama ada UMNO atau PAS akan menghantar calon Melayu Muslim bertanding di kawasan Tanjung Piai yang majoriti pengundinya adalah bangsa Melayu.

Semua orang maklum tentang pendirian Berjasa terhadap pilihanraya – iaitu di mana-mana kawasan pilihanraya yang majoriti pengundinya adalah Melayu, kawasan tersebut perlu diwakili oleh orang Melayu Muslim.

Prinsip ini telah diperlihatkan oleh Berjasa pasa PRU13 di 7 kawasan Parlimen dan 1 kawasan DUN.

Meskipun kalah, prinsip dan ketegasan ini tidak pernah berubah.

Maka, di atas keengganan UMNO dan PAS untuk menghantar calon Melayu Muslim, Berjasa tidak ada pilihan lain melainkan sekali lagi menawarkan diri sebagai calon pilihan alternatif bagi para pengundi Melayu Muslim di Tanjung Piai.

Berjasa bertanding berdasarkan prinsip yang tidak pernah goyah atau mudah dikompromi atau digadaikan.

Sekiranya Berjasa menang, ia adalah satu kemenangan berprinsip.

Kalau Berjasa kalah, ia adalah kekalahan bermaruah, yang juga satu “kemenangan” juga.

Menang atau kalah, ia adalah kemenangan atau kekalahan yang tidak dicapai melalui penggadaian prinsip, atau tunduk kepada kehendak hawa nafsu sendiri, atau kerana tunduk menyerah kepada agenda pihak lain atau kerana taburan wang ringgit dan projek.

Allahu Akbar Walillahil Hamd!

Sudah tentu akan ada kaji siasat akan sebab-sebab bagi kemenangan atau kekalahan yang diterima. Tidak dinafikan akan pentingnya faktor-faktor teknikal dan logistik. Semua parti akan melakukannya.

Apapun keputusan pilihanraya pada malam ini, Berjasa telahpun “berjaya” dan “menang” dalam beberapa sudut:

  1. UMNO dan PAS bukan lagi harapan tunggal bangsa Melayu dan umat Islam.

2. Kepentingan umat dan bangsa akan sentiasa menjadi sebahagian daripada sifir politik baru.

3. Politik Islam Berprinsip akan menjadi fenomena baru yang tidak dapat diabaikan oleh mana-mana parti politik pada masa hadapan.

4. Bangsa dan umat ini telah membuka mata bahawa hanya ahli Parlimen muslim yang berwibawa sahaja yang boleh diharapkan untuk memperjuangkan kepentingan mereka.

5. Berjasa adalah sebuah parti politik yang berwibawa yang perlu dilibatkan dalam sebarang proses yang bersangkut paut dengan urusan kepentingan Islam, kaum muslimin dan bangsa Melayu.

6. Politik bertunjangkan keberanian dan ketegasan boleh membawa kepada kesejahteraan nasional.

Semua ini saya boleh simpulkan dalam satu kalimat iaitu Politik 3B – Berprinsip, Beragenda Dan Bermaruah.

Para pembaca boleh melabelkan pandangan saya sebagai bersifat retorik, fantasi, tidak praktikal atau realistik, pemecahbelah atau cetek.

Terpulanglah dan saya tidak suruh sesiapa bersetuju pun dengan pandangan saya.

Apapun, suasana politik Malaysia tidak akan sama lagi selepas ini dengan kehadiran Berjasa di medan penentuan masa depan negara.

InsyaAllah, Berjasa mampu bertahan 100 tahun lagi!

Muhammad Lutfi Abdul Khalid

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close