Berita UtamaUtama

52 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam serbuan

Melakukan pelbagai kesalahan, tidak mempunyai pas, permit sah

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Jabatan Imigresen menahan 52 pendatang tanpa izin dalam serbuan di kawasan perindustrian di Rawang dan Shah Alam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, kesemua 48 lelaki dan empat wanita warga asing berusia 20 hingga 45 tahun itu ditahan semalam dalam operasi lebih lapan jam bermula 10 pagi.

Menurut beliau, mereka yang ditahan terdiri daripada 38 warga Bangladesh, Myanmar (5), Nepal (5), Indonesia (3) dan seorang warga China.

“Ketika serbuan, ada yang cuba melarikan diri dengan memanjat bukit serta bersembunyi di belakang kawasan kilang namun berjaya ditahan,” katanya dalam kenyataan hari ni.

Beliau berkata, semakan mendapati warga asing itu melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak mempunyai pas atau permit sah, tinggal lebih masa dan melanggar syarat pas yang diberikan.

“Pihak majikan yang menggajikan warga asing ini akan disiasat serta boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya terbukti bersalah,” katanya.

Mohamad Shukri berkata, kesemua warga asing itu direman 14 hari di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 iaitu kesalahan tidak mempunyai sebarang dokumen dan perjalanan atau pas yang sah serta Seksyen 15(1)(c) iaitu tinggal lebih masa.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close