Berita UtamaUtama

4 laporan kad pengenalan digunakan individu tak dikenali

Hasil siasatan dapati kejadian berlaku di tiga pusat mengundi: Polis

PONTIAN, 19 Rabiulawal 1441H, Sabtu – Polis menerima empat laporan mengenai kes kad pengenalan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai digunakan oleh individu yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Pontian, Supt Mustafa Bakri yang mengesahkan perkara itu berkata, hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tiga pusat mengundi.

“Dua kejadian dilaporkan berlaku (di pusat pengundian) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Boh, satu di SK Sungai Bunyi dan satu lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup.

“Satu laporan polis dibuat di Balai Pontian manakala selebihnya di Balai Permas,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Beliau berkata, pengadu telah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kemudiannya dinasihatkan untuk membuat laporan di balai polis berdekatan.

Mustafa berkata, kes dirujuk kepada pihak SPR untuk tindakan selanjutnya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close