Apa Kata PakarBerita UtamaUtama

Yahudi dendam tak mahu Islam berkembang ke seluruh dunia

Semak semula sistem pendidikan negara yang guna teori-teori Barat

MUKADIMAH

Barat sentiasa mencari jalan untuk memastikan syiar Islam tidak tertegak di muka bumi ini. Ekoran itu, kebanyakan ideologi dan pemikiran bebas dari Eropah telah pun secara halus diterapkan dalam segala aspek kehidupan, termasuk juga pendidikan.

Usaha Barat ini mempunyai karakteristik yang hampir sama dengan ‘brain washing’ atau dengan istilah lain ‘thought control’ atau ‘ideological reform’. Sistem pendidikan di Malaysia juga secara sedar atau tidak sudah sekian lama mengikut acuan Barat. Bagaimana ini boleh terjadi?

Ikuti temubual eksklusif Ismaweb.net bersama Pengarah Institut Kajian Hadis dan Akidah (INHAD) Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), Ustazah Dr Norsaleha Mohd Salleh bagi memahami agenda yang dibawa mereka.

Ismaweb.net: Boleh ustazah terangkan secara ringkas apakah maksud sebenar humanisme ini?

Ustazah Dr Norsaleha: Humanisme adalah satu agenda yang berpusatkan kepada nilai manusia dalam membuat keputusan. Fahaman ini yang meletakkan manusia sebagai paksi keputusan telah mewujudkan isme lain yang seumpamanya. Walaupun istilahnya berbeza tetapi semua isme ini berpaksikan manusia dalam membuat keputusan.

Pemikiran materialisme, sekularisme, komunisme, sosialisme, kapitalisme, liberalisme, demokrasi, pluralisasi dan globalisasi semuanya lahir daripada kefahaman humanisme. Nampak berbeza, tetapi sebenarnya mempunyai persamaan. Semuanya lahir daripada revolusi hasil tindakan kejam gereja dan golongan bangsawan terhadap para ilmuwan dan rakyat jelata di zaman Feudal Eropah.

Penolakan yang amat ekstrem terhadap agama membawa Eropah kepada kecintaan yang tidak terhingga terhadap diri sendiri. Kecintaan yang membawa kepada satu bentuk penyembahan kehendak diri atau apa yang diistilahkan oleh sebahagian pengkaji sebagai humanisme.

Ismaweb.netBagaimana agenda humanisme boleh berkembang dan diresapi dalam sistem pendidikan negara?

Ustazah Dr Norsaleha: Baik. Malaysia secara hakikatnya terikat dengan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Jadi kita terikat dengan dasar-dasar dan polisi yang dibuat oleh mereka termasuk juga dasar di dalam pendidikan yang mempromosikan konsep liberalisme, humanisme dan sebagainya. Negara kita tidak terkecuali daripada membawa dasar yang diturunkan oleh PBB tersebut. Kalau tengok kepada dasar dan teori, kita memang ada Penyata Rahman Talib tetapi secara teorinya, asas kita masih terpengaruh ikut teori pendidikan diambil daripada teori pendidikan Barat.

Kebanyakan tokoh Barat yang mempromosi humanisme ini pula berketurunan Yahudi walaupun dilahirkan di negara sebelah Eropah dan Barat. Penyebaran pemikiran ini berlaku melalui penulisan buku-buku yang mempromosikan humanisme sebagai kuasa dalam membuat keputusan. Buku-buku seperti The Dispute between Philanthropinism and Humanism in the Theory of Educational Instruction of Our Time tulisan Niethammer F.I. (1808) dan Utopia tulisan More, T. (1551) adalah contoh buku yang awal membicarakan pemusatan manusia sebagai pembuat keputusan.

Kemudian pemikiran ini berkembang secara ilmiah melalui penulisan dan teori yang tersebar dalam pendidikan psikologi, sosiologi, ekonomi dan politik. Pengaruh ini mula dikesan tersebar sekitar tahun 1700 melalui berbagai-bagai pendekatan dan model yang diperkenalkan. Nama-nama seperti Sigmund Freud (1856-19390) Lawrence Kohlberg (1927-1987), Albert Bandura (1925 – sekarang), Carl Rogers (1902-1987), Abraham Maslow (1908-1970) adalah antara nama yang dikenali ramai melalui teori-teori pendidikan psikologi dan sosiologi yang diperkenalkan.

Ismaweb.netApakah benar penggunaan teori-teori dari Barat ini sebenarnya satu usaha melemahkan perkembangan Islam?

Ustazah Dr Norsaleha: Ya betul. Golongan Barat ini memang mahu menentang peradaban Islam. Untuk itu, mereka membawa masuk ajaran mereka bagi memastikan ia menjadi pegangan dan rujukan utama. Dan perlu kita ketahui bahawa usaha ini bukan berlaku di zaman ini sahaja, bahkan pertembungan hak dan batil ini berlaku semenjak daripada penciptaan Nabi Adam A.S. lagi. Ia bermula apabila Iblis menolak penciptaan Nabi Adam sebagai khalifah di muka bumi. Di situ dah mula berlaku pertembungan Iblis menggunakan satu teknik untuk mempengaruhi Nabi Adam.

Ia menghasut Nabi Adam dengan menggunakan ‘teori hidup kekal’ di mana ia menjanjikan kehidupan selamanya. Nabi Adam terpengaruh dengan janji Iblis. Bermula daripada situ, wujud survival manusia di mula bumi. Iblis tidak berhenti setakat mempengaruhi Nabi Adam di syurga. Dia meneruskan lagi misinya untuk mempengaruhi dan menyelewengkan manusia di muka bumi. Iblis turun dengan satu misi. Untuk membawa seramai mungkin manusia bersama dengannya ke dalam neraka, menjauhkan manusia daripada Allah swt.
Kemudian berlaku pertentangan antara Iblis dengan manusia.

Iblis pula bergerak menggunakan proksi daripada kalangan jin malah ada daripada kalangan manusia itu sendiri. Iblis mengenalpasti beberapa manusia. Ada manusia yang ikut Nabi Adam yang tak boleh dipengaruhi. Ada manusia yang suka memberontak, tak nak ikut apa yang nabi dan rasul sampaikan. Manusia macam ini mudah dipengaruhi, mudah diracuni pemikirannya. Setiap 600-700 tahun akan ada seorang rasul untuk bawa balik ke jalan yang sebenar. Sebab apa, sebab manusia ini sifatnya memang mudah lupa dan lalai. Allah tajdidkan manusia dengan rasul yang baru. Untuk bawa balik manusia kepada Allah swt.

Bagaimanapun, wujud satu kaum – Yahudi yang sentiasa tak puas hati dengan apa yang telah ada pada mereka. Mereka sentiasa tamak, mereka ada di dalam kaum Nabi Musa, Nabi Isa. Hanya kerana dendam, marah dan tidak puas hati. Dendam mereka berlarutan sehingga kisah zaman Nabi Ibrahim. Orang Yahudi berharap nabi terakhir akan diturunkan di kalangan mereka, namun itu tidak terjadi. Sejak itu mereka berdendam, mereka berdendam dengan orang Islam dan dendam ini tidak pernah berkesudahan, berlarutan sampai zaman ini. Mereka akan lakukan apa sahaja untuk memastikan syiar Islam tidak berkembang termasuk melalui sistem pendidikan di seluruh dunia.

Ismaweb.net Apakah kesan di sebalik penyerapan pemikiran liberalisme dan humanisme ini ke dalam sistem pendidikan negara?

Ustazah Dr Norsaleha: Pengaruh humanisme ini memberi implikasi kepada pendidikan negara apabila teori-teori seumpama ini dijadikan sebagai rujukan utama dalam pembelajaran dan pengajian sama ada di universiti atau pun di sekolah-sekolah. Malik Badri (1979) berpendapat teori Albert Bandura tentang Teori Pembelajaran Sosial yang melahirkan ungkapan ‘Don’t say no to your children’ memberi implikasi negatif kepada pembentukan peribadi kanak-kanak.

Ungkapan tersebut merosakkan jiwa anak-anak sehingga mereka tidak boleh membezakan antara yang halal dengan haram. Ungkapan itu juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk melakukan apa sahaja. Keadaan ini berbeza dengan sistem pendidikan Islam yang menekankan aspek halal dan haram sebagai sebahagian daripada proses pendidikan (Ulwan 2003).

Allah SWT dalam surah Luqman (31: 13, 15, 18) menekankan aspek larangan kepada anak-anak agar mereka tidak mensyirikkan Allah SWT dan tidak berlaku sombong di muka bumi ini dengan menggunakan perkataan (ال) yang bermaksud jangan kamu melakukan demikian. Islam adalah agama yang menekankan aspek suruhan dan larangan dalam proses pendidikan, sesuai dengan situasi dan keadaan seseorang kanak-kanak. Mengabaikan uslub larangan boleh menjejaskan proses pendidikan akhlak seseorang anak-anak.

Ismaweb.netJika dilihat kepada usaha mereka ini, nampaknya sudah terlalu jauh dan sukar untuk kita bendung ekoran pengaruhnya yang cukup besar. Jadi apakah jalan atau kaedah terbaik bagi memastikan anak-anak mempunyai benteng yang kuat agar tidak mudah dipengaruhi serta tidak goyah pegangan agamanya?

Ustazah Dr Norsaleha: Oleh sebab itu, sistem pendidikan negara disarankan agar menyemak semula penggunaan teori-teori yang boleh merosakkan akidah dan akhlak generasi hari ini. Teori yang digunapakai hendaklah mempunyai paksi Tauhid sesuai dengan tuntutan agama Islam dan selari dengan fitrah pembentukan peribadi seseorang kanak-kanak.

Tekankan anak-anak kita dengan pembelajaran asas agama, halal haram (muamalah kita dengan masyarakat), penekanan kepada ibadah serta akhlak kerana ia cermin kehidupan kita. Bila perkara ini sudah diterapkan dalam hati, akan lahir rasa nak beribadah, lahir rasa nak baca al-Quran, beribadah sunat yang lain.

Seterusnya, hafaz al-Quran. Kena biasakan anak-anak dengan al-Quran, hafal al-Quran. Itulah yang boleh membantu menjadi banteng kita. Pengukuhan institusi keluarga juga amat penting kerana ia adalah cermin kesejahteraan keluarga. Bukan sahaja dengan pendidikan agama, tetapi ‘bonding’, kebersamaan ahli keluarga itu yang mengikat, yang boleh menyelamatkan daripada sebarang pengaruh tidak baik.

Kita sebagai ibu bapa perlu mengenal pasti persekitaran anak-anak. Menentukan persekitaran yang baik, teman rapat yang baik, yang boleh bawa dia ke syurga, yang boleh tarik tangan dia bila terjatuh tersungkur. Sebab persekitaran itu yang boleh membantu anak kita bila kita tiada nanti.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close