Berita UtamaUtama

Pentadbiran PH bermasalah, langgar hukum Allah SWT

Pemimpin Melayu BN berminda 'anglophile', PAS hilang prinsip

KUASA itu milik siapa? Ramai orang terlupa apabila membicarakan perihal kuasa. Mereka ingat kuasa itu diperoleh dengan kudrat mereka semata-mata.

Tetapi mereka silap kuasa itu milik Allah SWT. Allah SWT boleh menaikkan dan menjatuhkan mana-mana kuasa dengan mudah.

Apatah lagi jika sesebuah kerajaan itu melanggar perintahnya yang paling asasi, iaitu melanggar hukum Allah SWT ketika mentadbir.

Jika kita lihat kerajaan Pakatan Harapan (PH) serba tidak kena hari demi hari.

Pergaduhan demi pergaduhan, masalah demi masalah. Kematian demi kematian wakil rakyat PH.

Kerajaan menjadi goncang, orang Melayu merana. Kononnya menteri-menteri bukan Islam yang dilantik akan adil terhadap orang Islam, nampaknya retorik semata-mata.

Mereka terus menegakkan agenda kaum, bangsa dan agama mereka. Sementara Menteri Melayu Islam dalam PH terus membisu.

Bila-bila masa sahaja pakatan ini akan tumbang. Tetapi layakkah Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan mereka?

Dengan keadaan sekarang, BN juga tidak mampu. Pemimpin Melayu mereka lemah dan bagai lalang. Hanya berminda ‘anglophile’.

Mudah dibeli dan terbabit dalam skandal rasuah. Hanya segelintir sahaja yang benar-benar bagus.

Begitu juga PAS. Hilang prinsip entah ke mana. Sekejap ke kanan sekejap ke kiri. Ratusan tahun begini hendak ke depan pun tidak mampu.

Meneliti senario pada hari ini, siapakah yang mampu untuk menggantikan kedua-dua pakatan yang sangat lemah ini?

Jawapan ada di tangan anda orang Melayu.

Ustaz Ibrahim Alias

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close