Berita UtamaDuniaUtama

VIDEO | Gaza bermandi darah

Israel makin mengganas, korban di Gaza meningkat 26 orang

GAZA, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Penduduk Palestin terus sengsara bermandi darah apabila rejim pengganas Israel melancarkan serangan tanpa henti di Semenanjung Gaza sejak awal pagi Selasa.

Kementerian Kesihatan Palestin mengesahkan jumlah korban setakat ini seramai 26 orang, yang kebanyakannya orang awam, turut terbunuh dalam serangan ialah Komander Kumpulan pejuang Jihad Islam Palestin (PIJ), Baha Abu Al-Atta bersama isterinya.

Rejim pengganas menuduh Baha mendalangi serangan baru-baru ini dan merancang melakukan banyak lagi operasi.

Apabila pejuang Jihad Islam bertindak balas dengan melancarkan ratusan roket – dipercayai lebih 200 roket – yang boleh sampai ke Tel Aviv dan melumpuhkan separuh Israel, rejim Zionis terus meningkatkan serangan udara di Semenanjung Gaza.

Pemimpin Jihad Islam, Zeyad al-Nakhala dalam satu kenyataan mengakui menawarkan syarat perjanjian gencatan senjata dengan Israel seperti yang dianjurkan Mesir.

Syarat itu termasuk Israel perlu berhenti membunuh pejuang, bertindak balas kepada penduduk di Gaza pada bantahan setiap minggu dan langkah mengendurkan kepungan di wilayah itu, katanya.

Al-Nakhala mengesahkan pihaknya mahu jawapan daripada Israel menerusi Kaherah dalam masa beberapa jam.

“Jika syarat perjanjian tidak dipersetujui, sayap bersenjata Jihad Islam, Briged Baitulmaqdis, mampu berperang dan untuk jangka panjang,” katanya.

Sayap ketenteraan Jihad Islam – Brigade Al-Quds – diaktifkan sejak Intifada 1987, adalah yang kedua paling kuat selepas Briged al-Qassam dari Hamas.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close