Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

Tg Piai: Berilah mandat kepada calon muslim wibawa

Jangan serah pada mereka yang halang usaha perkasa syariah Islam

MALAYSIA telah melakar beberapa titik bersejarah dalam usaha kesepakatan dan kebangkitan umat Islam yang menyaksikan agenda Islam diangkat sebagai faktor kesepakatan.

Bermula dengan Himpunan RUU 355 di Padang Merbok pada Februari 2017 yang disertai oleh ratusan ribu umat Islam dengan warna tema ungu mendapat sambutan hangat dan berjaya memberi kesan positif kepada Parlimen ketika itu. Walaupun belum berjaya dipinda, namun bibit kesatuan dan hasrat memperkasakan Islam berjaya ditonjolkan tanpa mengiras ras politik.

Gelombang kedua terbesar kesepakatan umat Islam berjaya dihidupkan ketika Himpunan Bantah ICERD yang dianjurkan di Dataran Merdeka sekali lagi menonjolkan keseriusan umat Islam mempertahankan agenda Islam apabila lautan manusia berkumpul dengan tema putih. Kejayaan kesatuan umat Islam ini akhirnya menyebabkan kerajaan akur dan menarik balik persetujuan menandatangani ICERD.

Kini kesatuan umat Islam teruji sekali lagi di PRK Tanjung Piai. Dengan usaha dan kejayaan kita sebelum ini, marilah sama-sama kita meneruskan momentum tersebut dengan memberi mandat kepada calon muslim berwibawa yang akan menyambung perjuangan memartabatkan Islam di Parlimen.

Soalan yang relevan sebelum kita berkempen atau mengundi calon ialah; adakah calon ini akan menyokong usul pindaan RUU355 dan membantah ICERD sekiranya isu tersebut muncul kembali di dewan Parlimen?

Janganlah kita mensia-siakan usaha dan momentum sebelum ini dengan memberikan mandat kepada calon yang akan menghalang usaha memperkasa syariah Islam atau mempersetujui tanah Malaysia ini tergadai kepada kuasa asing.

Ustaz Ibrahim Hassan al-Hafiz
Naib Yang di-Pertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Sepang

Penafian: Kenyataan ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close