Berita UtamaPendapatUtama

Siapa puak UMNO ditanam dalam PAS?

PAS harus ada kekuatan tentu hala tuju sendiri bukan diperkudakan

JIKA dahulu PAS mengikut telunjuk DAP. Bekas Jawatankuasa Pusat PAS yang keluar secara beramai-ramai dan membentuk Parti Amanah Negara adalah juak-juak daripada Ikram atau nama lama JIM yang ‘ditanam’ di dalam PAS untuk menentukan hala tuju PAS.

Sudah puas diberitahu namun masih lagi sombong dan kini PAS berasa kesannya. DAP dahulu ditanak bagai minyak yang penuh. Apa yang dilakukan oleh DAP semuanya baik sahaja.

Kini, terdapat pula serpihan-serpihan puak yang ditanam oleh ‘UMNO’ di dalam PAS. Pihak-pihak ini mendapat jawatan yang tinggi di dalam parti dan seperti kes DAP dahulu, mereka menentukan hala tuju parti. Seperkara yang bagus, tentulah permuafakatan nasional yang menyatukan dua parti besar Melayu.

Namun, PAS dilihat tidak mampu berdiri sendiri dan menjadi boneka kepada UMNO. Buktinya adalah PRK Tg Piai ini. Pengundi-pengundi dan penyokong-penyokong PAS sekali lagi tertipu. Dipaksanya pengundi-pengundi PAS supaya bersengkongkol dengan UMNO untuk memilih calon yang rasis dan cauvinis daripada MCA.

Sampai bila PAS ingin terus diperkudakan? Puak-puak UMNO di dalam PAS harus dibersihkan. Kerana mereka kelihatannya banyak mendapat manfaat politik hasil permuafakatan ini. Bukan untuk kepentingan politik orang Melayu, tetapi taktik meraih laba peribadi.

Bukan bermaksud PAS harus membenci UMNO. Permuafakatan adalah satu perkara yang sangat terpuji di dalam agama. Namun PAS harus mempunyai kekuatan menentukan hala tuju sendiri. Bukan diperkudakan oleh pihak lain.

Saya tidak pasti, seberapa lama lagi ahli PAS boleh bertahan dalam keadaan sedemikian, setelah puluhan tahun diperkudakan. Bangkitlah PAS, kemudi bahtera politik kamu sendiri.

Dr Razali Al Marbawi
Penganalisis politik

Penafian: Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net. Artikel ini disiarkan dengan izin penulis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close