Berita UtamaUtama

Selangor patut lebih tegas larang minum arak tempat awam

Banyak kerosakan, jenayah berlaku disebabkan minum minuman keras

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

BANGI, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Kerajaan negeri Selangor sepatutnya bertegas dalam menangani isu meminum arak di tempat awam, yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman, tetapi mengundang masalah sosial di kalangan masyarakat.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Ustaz Masridzi Sat berkata, segala kerosakan dan jenayah yang berlaku akibat minum arak secara terbuka akan ditanggung dosanya oleh pemerintah.

“Arak disebut dalam hadis Nabi ﷺ sebagai ‘ibu segala kejahatan’ maka sesiapa yang membuat, mengedar, menjual, meminum atau membenarkan jualan serta minum secara terbuka adalah bersubahat membina kejahatan dan kerosakan dalam negeri dan negara ini.

“Sumpah dan ikrar para pemimpin kerajaan negeri di hadapan sultan untuk memelihara keamanan negeri daripada unsur kejahatan mesti ditunaikan, jika langgar sumpah akan menanggung akibatnya,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, orang bukan Islam mesti menghormati hak-hak orang Islam yang menjadi rakyat majoriti dalam negara ini.

“Agama kami adalah Agama Persekutuan dalam negara ini seperti disebut dalam Perkara 3 Perlembagaan negara. Meminum arak di tempat awam walaupun dilakukan oleh orang bukan Islam boleh mempengaruhi orang muslim untuk mengikut sama perbuatan buruk itu. 

“Saya sudah berpengalaman hampir 30 tahun dalam merawat, mencegah dan memulihkan kes-kes gejala sosial di Selangor. Jadi saya menentang sekeras-kerasnya apabila dinyatakan tiada larangan minum arak di tempat awam,” katanya.

Terdahulu, Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru negeri Selangor, Ng Sze Han memaklumkan tiada peraturan melarang orang ramai minum arak di tempat awam.

Beliau menegaskan, peraturan itu sukar dilaksanakan kecuali terdapat peruntukan undang-undang khusus berhubung perkara itu di peringkat Persekutuan atau negeri.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close