Berita UtamaIstimewaPRK Tg. PiaiUtama

Nasib pengundi Cina lebih terbela jika undi Tok Badh

Slogan kesatuan Melayu Berjasa takkan pinggir kaum lain

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Pengundi Cina di Tanjung Piai disaran meletakkan harapan baharu kepada Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa) daripada mengharapkan parti perkauman, DAP dan MCA membela nasib mereka.

Ketua Pemuda Berjasa, Iqbal Hakim Abdul Razak berkata, walaupun secara jelas Berjasa menzahirkan slogan kesatuan Melayu, namun calonnya, Prof Datuk Ir Dr Badrulhisham Abd Aziz bertegas tidak akan mengetepikan bangsa lain.

Prof Badrulhisham adalah bekas Profesor Kanan dan Pengarah Korporat Strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Beliau yang lebih mesra disapa Tok Badh adalah pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto.

Tok Badh pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP), selain mempunyai pengalaman industri selama 10 tahun bersama syarikat multinasional Amerika dan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.

Sebelum diangkat sebagai Presiden Berjasa tahun lalu, beliau aktif dalam aktiviti membabitkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kemasyarakatan sama ada di dalam atau luar negara.

Mengulas lanjut, Iqbal Hakim berkata, menipu untuk mendapat undi seperti dilakukan MCA dan DAP bukan daripada genetik Berjasa.

“Justeru, saya yakin jika pengundi Cina mengundi pemimpin yang profesional dan amanah sebegini, nasib mereka bukan sahaja akan terbela, malahan akan jadi lebih baik. Tanpa perlu diapi-apikan sentimen dan mengugat keharmonian antara kaum,” katanya dalam satu kenyataan.

Pada masa sama, Iqbal tertarik melihat reaksi kaum Cina mengenai kritikan parti tamak haloba DAP terhadap MCA bahawa parti perkauman itu tidak layak mendapat sokongan kerana talam dua muka dan tidak mampu bela kaum Cina.

“Rata-rata memberikan respons yang juga turut sama. Mereka melihat DAP juga sebagai dua kali lima dengan MCA. Dua-dua dipandang sebagai talam dua muka dan tidak mampu membela nasib bangsa Cina,” kata beliau.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close