Berita UtamaUtama

Lantang tolak jawi, Jeck Seng tak mahu undi Melayu?

Adakah MCA tidak sedar rakan komponen politiknya UMNO dan PAS?

BANGI, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Adakah Wee Jeck Seng tidak mahu undi orang Melayu apabila membuat kenyataan menentang tulisan jawi, soal Ketua Perhubungan Negeri Isma Johor, Hj Mohd Tahir Hamdan.

Beliau berkata demikian merujuk kenyataan calon parti perkauman, MCA hari ini apabila menggesa pengundi menolak Perdana Menteri, Dr Mahathir yang didakwanya rasis.

Beliau dilaporkan berkata, langkah mengundi Pakatan Harapan (PH) bermakna bersetuju dengan pelaksanaan jawi di sekolah vernakular dan menyokong Himpunan Maruah Melayu.

“Keputusan PRK ini tidak dapat mengubah kerajaan, tetapi ia adalah penting dalam menilai prestasi Mahathir. Adakah kita nak khat jawi? Adakah kita nak Himpunan Maruah Melayu?,” soal Jeck Seng.

Menyifatkan calon Barisan Nasional pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai itu kurang sensitif, Mohd Tahir mempersoal tidakkah MCA sedar bahawa rakan komponen politiknya sendiri daripada UMNO dan PAS turut hadir menyokong Kongres Maruah Melayu berkenaan. 

Melihat kepada kenyataan Jeck Seng, ia jelas menunjukkan MCA begitu konsisten dengan pendirian mereka. 

“Mereka bukan sahaja tidak sepakat bersama UMNO dan PAS dalam isu jawi, bahkan juga dalam isu-isu lain seperti RUU355 dan UEC.

“MCA dilihat begitu bersaing dengan DAP, berlumba siapa yang lebih jaguh dalam isu bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close