Berita UtamaIstimewaUtama

Jangan undi calon tak guna MCA

Belum menang dah rasis, langsung tak hormat hati orang Melayu Islam

BANGI, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Belum pun selesai Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, parti perkauman MCA sudah menunjukkan sifat sebenarnya yang amat rasis terhadap Melayu dan Islam.

Terbaharu, calon MCA, Wee Jeck Seng yang bakal bertanding di Tanjung Piai Sabtu ini, mengeluarkan kenyataan menggesa pengundi menolak Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya rasis.

Wee dilaporkan berkata, langkah mengundi Pakatan Harapan (PH) bermakna bersetuju dengan pelaksanaan jawi di sekolah vernakular dan menyokong Himpunan Maruah Melayu.

“Keputusan PRK ini tidak dapat mengubah kerajaan, tetapi ia adalah penting dalam menilai prestasi Mahathir. Adakah kita nak khat Jawi? Adakah kita nak Himpunan Maruah Melayu? Adakah kita nak DAP terus berdiam diri?,” kata Jeck Seng.

Berang dengan kenyataan itu, pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, tindakan MCA membangkitkan isu jawi seperti menghiris hati orang Melayu Islam. 

Walhal, parti itu hanya mengambil kesempatan daripada Muafakat Nasional demi kepentingannya sendiri. 

“Apakah kita masih buta siapa MCA. MCA sedang menangguk di air keruh hasil Muafakat Nasional parti politik Melayu. MCA tahu, tanpa undi UMNO-PAS, parti ultra kiasu ini tak akan menang dan sudah tidak relevan.

“Malangnya, dia tidak tahu untuk menghormati Melayu dan hati budi Melayu. Saya dah kata calon tak berguna ini akan rosakkan Muafakat Nasional,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Pada masa sama, Ridhuan Tee menganggap menyimpan MCA ibarat menyimpan duri dalam daging, melepaskan anjing tersepit. 

“Anjing akan gigit balik orang yang melepaskannya. Parti tak berguna ini tidak boleh dibiarkan menang dalam PRK Tanjung Piai. Jika tiada pilihan memangkah tunggul kayu adalah lebih baik daripada parti anti-Islam ini.

“Kerajaan bagi kamu sekolah Cina secina-cinanya. Sedikit pun jawi kamu tak boleh terima. Dasar tak sedar diuntung,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau yakin kemenangan MCA kelak tidak membawa apa-apa manfaat kepada Muafakat Nasional, malah membahayakan. 

“Justeru, saya minta pengundi menolak parti ultra kiasu ini. Undilah calon Islam yang lebih berwibawa dan tidak membahayakan agama, bangsa dan negara.

“Seperti yang saya katakan dulu, saya hanya akan menerima parti ultra kiasu ini jika MCA belajar menghormati hati budi Melayu Islam. Jika tidak, kamu boleh angkat kaki MCA. 

“Selagi kamu tidak hormat hidup berperlembagaan, jangan kamu harap sokongan daripada orang Islam yang baik-baik. Kamu mungkin boleh memperdaya sebahagian orang UMNO dan PAS, tetapi bukan kami yang mengenali kamu dan memerhatikan kamu,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close