Berita UtamaUtama

Calon MCA hina Melayu!

Nak jatuhkan Tun Mahathir, kenapa Jeck Seng perlu kait tulisan jawi

Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar

BANGI, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Tindakan calon parti perkauman MCA, Datuk Seri Wee Jeck Seng menggunakan tulisan jawi sebagai intipati untuk menjatuhkan musuh politik dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, adalah penghinaan kepada bangsa Melayu.

Naib Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, tindakan Jeck Seng sebenarnya disebabkan terlalu diberi muka oleh sekutu Melayu.

“Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahu dijatuhkan, tapi Jeck Seng ‘pukul’ orang Melayu. Jawi tulisan orang Melayu. Budaya dan bahasa kebangsaan negara ini berasaskan Melayu. Semua kaum sepatutnya belajar jawi.

“Tidak mahu belajar jawi dan jadikan tulisan itu bahan untuk jatuhkan musuh politik, adalah satu penghinaan kepada orang Melayu,” tegasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua hari menjelang hari pengundian pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai, calon BN Wee Jeck Seng merayu pengundi untuk menolak Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwanya rasis.

Terdahulu, Jeck Seng mengeluarkan kenyataan menggesa pengundi menolak Dr Mahathir yang didakwanya rasis.

Beliau dilaporkan berkata, langkah mengundi Pakatan Harapan (PH) bermakna bersetuju dengan pelaksanaan jawi di sekolah vernakular dan menyokong Himpunan Maruah Melayu.

“Keputusan PRK ini tidak dapat mengubah kerajaan, tetapi ia adalah penting dalam menilai prestasi Mahathir. Adakah kita nak khat jawi? Adakah kita nak Himpunan Maruah Melayu?

“Adakah kita nak DAP terus berdiam diri? Sila pangkah undi anda untuk menolak Mahathir dan Bersatu rasisme,” kata Jeck Seng.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close