Berita UtamaPRK Tg. Piai

Berjasa Penerus Agenda Penyatuan Melayu Islam

Perjuangan diiringi sujud, takbir dan doa kepada Allah

BERJASA adalah parti yang lahir dari perut ummah. Dengan harapan mengembalikan kepimpinan Islam kepada ummah.

Dananya dikeluarkan dari poket-poket ummah besar atau kecil. Pejuang-pejuangnya mewakili setiap lapisan ummah, doktor, usahawan, pendidik, jurutera, jururawat, ustaz, kerani, pekerja kampung dan suri rumah.

Panjinya diwarnai, dipasak, dijahit oleh tangan-tangan ummah penuh jiwa perjuangan.Seruannya lahir dari lubuk paling dalam susuk tubuh ummah dengan linangan air mata penuh harapan.

Perjuangannya diiringi dengan sujud, takbir dan doa penuh pergantungan kepada Allah, matlamat dan sumber kekuatan utama.

Kecilkah Berjasa apabila di sebaliknya suara padu ummah? Apabila menegakkan syariat dan Allah menjadi matlamat terakhirnya?

“BERJASA Penerus Agenda Penyatuan Melayu Islam”

“Islam Berdaulat Malaysia Sejahtera”

Rakyat marhaen

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close