Berita UtamaPRK Tg. PiaiUtama

Berjasa bertanding demi Melayu Islam, bukan sebab peribadi

MCA-DAP sama, mereka tak perjuang nasib Melayu Islam: Tok Badh

BANGI, 17 Rabiulawal 1441H, Khamis – Presiden Berjasa, Prof Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz mahukan orang Melayu Islam bersatu dan tidak lagi bergaduh sehingga menyebabkan ‘dibuli’ oleh kaum lain.

Beliau yang juga calon Berjasa pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Tanjung Piai sangat berharap orang Melayu termasuk pemimpin boleh bersatu atas asas memperjuangkan agenda Islam.

“Sebab itu, Berjasa masuk bertanding, kami masuk demi orang Melayu Islam, bukan sebab Berjasa dan bukan sebab peribadi.

“Kita perlu pilih orang Islam sebagai pemimpin. Ini kawasan majoriti Melayu, jadi biarlah orang Melayu dipilih untuk kita hantar ke Parlimen,” katanya dalam ceramah kempen baru-baru ini.

Pada masa sama, Prof Badhrulhisham atau mesra panggilan Tok Badh meminta pengundi berfikir kesan buruk apabila pemimpin bukan Islam dipilih di Tanjung Piai.

“Cuba fikirkan, jika kita hantar calon MCA, walaupun kita sudah kenal selama 2 penggal, tetapi MCA sama seperti DAP dan mereka tidak memperjuangkan orang Melayu Islam.

“Kalau di Parlimen, apabila mereka nak undi mengenai perkara yang memihak kepada orang Islam, mereka tidak akan bersetuju.

“Contohnya apabila pihak kerajaan tidak mahu mengiktiraf UEC dan ketika tulisan jawi ingin diperkenalkan, MCA bersama-sama dengan DAP menentang, itupun sudah jelas,” katanya.

Tok Badh adalah bekas Profesor Kanan dan Pengarah Korporat Strategik Universiti Malaysia Kelantan (UMK) adalah pemegang Ijazah Kedoktoran dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Kyoto.

Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Malaysia Pahang (UMP), selain mempunyai pengalaman industri selama 10 tahun bersama syarikat multinasional Amerika dan syarikat milik Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close